awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arsenal benam Aston Villa 4-1, kukuhkan kedudukan pendahulu liga
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
Sarawak kehilangan permata berharga - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laksanakan semula cukai 'durian runtuh' - Pakar ekonomi

Israr Khalid
Israr Khalid
07/12/2022
01:00 MYT
Laksanakan semula cukai 'durian runtuh' - Pakar ekonomi
JOMO KWAME SUNDARAM: kita tak boleh harapkan kerajaan baharu ini dapat merubah seluruh sistem percukaian serta merta tetapi beberapa langkah itu perlu. -Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Cukai khusus yang dikenakan ke atas syarikat yang memperoleh keuntungan luar biasa wajar dilaksanakan semula, kata pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.
Ia boleh menjadi langkah permulaan untuk kerajaan membawa perubahan yang perlu kepada sistem percukaian negara sebagai sebahagian daripada agenda reformasi yang dijanjikan.
Beliau melihat terdapat beberapa syarikat ketika pandemik COVID-19 tempoh hari mendapat ‘durian runtuh’ ketika majoriti berdepan kepayahan untuk terus bernafas menempuh musibah.
“Ada syarikat-syarikat tertentu yang mendapat untung luar biasa bukan kerana kebijakannya tapi kerana keadaan global itu membolehkannya.
“Jadi cukai-cukai durian runtuh yang ditolak oleh dua kerajaan yang lepas sepatutnya dikenakan ketika rata-rata negara di dunia melaksanakannya,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Di samping itu, beliau turut menyarankan supaya cukai nilai tambah (value-added tax) diperkenalkan kerana ia lebih saksama berbanding cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan sama rata terhadap semua barangan.
Langkah lain untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi dan merapatkan jurang antara masyarakat adalah cukai terhadap golongan berpendapatan tinggi seperti cukai harta.
“Saya rasa perubahan itu harus tapi bukan sekali gus, kita pun tak boleh harapkan kerajaan baharu ini dapat merubah seluruh sistem percukaian serta merta tetapi beberapa langkah itu perlu.”
Laksanakan semula cukai durian runtuh - Prof. Jomo
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Jomo Kwame Sundaram
#Pakar Ekonomi
#cukai durian runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan