Langkah Khazanah Nasional menubuhkan pusat khas bagi memberi 'sokongan penempatan' kepada kira-kira 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan diberhentikan berikutan proses penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu mendapat pujian daripada tiga anggota Parlimen.
Pusat penempatan berkenaan akan ditubuhkan bagi menghulur segala bentuk sokongan berkaitan dan diperlukan kepada pelbagai kumpulan kakitangan yang akan meninggalkan MAS, termasuk sokongan profesional, emosi, kaunseling dan kewangan bagi membantu mereka ketika beralih ke peringkat kerjaya seterusnya.
Pada akhir Ogos lepas, Khazanah mengumumkan pelan 12 perkara bagi memulihkan MAS, yang bakal menyaksikan 6,000 pekerja daripada setiap peringkat diberhentikan.
Menurut anggota-anggota Parlimen berkenaan, langkah itu menunjukkan keprihatinan Khazanah untuk melaksanakan penempatan semula para pekerja itu secara berstruktur di samping mengambil pendekatan yang berperikemanusiaan demi kesinambungan penghidupan mereka.
Anggota Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, apabila langkah-langkah penstrukturan dibuat kepada suatu syarikat terutamanya syarikat besar seperti MAS, ia tentu akan melibatkan pelbagai implikasi dari segi kewangan, dari segi syarikat termasuklah soal-soal yang berkaitan dengan pekerja, kerana entiti penting dalam sesebuah syarikat ialah pekerjanya.
Penubuhan pusat khas untuk memberi sokongan penempatan kepada kakitangan yang terlibat merupakan satu langkah yang baik dan suatu yang penting dan memberi imej baik kepada industri ini, khusus kepada MAS yang akan dipulihkan, katanya kepada Bernama.
"Program penempatan ini adalah satu pakej yang lengkap, yang dibuat dengan mengambil kira beberapa aspek di mana Khazanah melihatnya daripada pelbagai sudut - moral pekerja, kerjaya, profesional, kewangan dan mental pekerja.
"Ini memang dirancang, disusun begitu baik oleh Khazanah. Apa yang dilakukan melalui penstrukturan ini sesuatu yang begitu unik dan jarang dilakukan oleh kebanyakan syarikat lain terutama sekali," katanya.
Shamsul Anuar berkata, banyak syarikat penerbangan di dunia menghadapi masalah sedemikian rupa tetapi apa yang dilakukan oleh Khazanah, tentunya formula terbaik bagi MAS.
Katanya, syarikat yang menghadapi masalah bukan hanya memikirkan bagaimana hendak menyusunkan masa depan syarikat sahaja tetapi juga perlu memikirkan masa depan kakitangan mereka yang selama ini juga membantu untuk membangunkan syarikat.
"Maknanya, di waktu syarikat ini berada dalam keadaan yang baik, kakitangan dijaga, maka apabila syarikat ditimpa masalah, kakitangan yang terpaksa diberhentikan, terpaksa menghadapi sesuatu yang baru tapi apabila dijaga oleh pakej ini, ini adalah sesuatu yang amat baik.
"Khazanah bertindak bukan hanya merancang masa depan syarikat tetapi juga merancang masa depan kakitangan yang terpaksa menerima kesan daripada penstrukturan ini dan ini wajar dicontohi dan diamalkan oleh mana-mana syarikat atau industri lain dalam negara ini khususnya," tambahnya.
Shamsul Anuar berkata apabila pekerja diberhentikan, soal moral dan mental mereka perlu diberikan perhatian dan jika jika MAS bertindak melepaskan mereka tanpa apa-apa pembelaan, ini akan menyebabkan moral mereka akan jatuh, dan akan boleh menimbulkan krisis dalam industri penerbangan tempatan.
"Kita faham juga bahawa dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar ini, dalam suasana peluang yang semakin sempit ini, tidak mudah untuk mereka mendapat peluang pekerjaan jika tidak ada perancangan teliti."
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, pula berkata usaha pendekatan tersebut merupakan satu perkara yang pertama kali seumpamanya dalam negara.
"Saya lihat ini satu usaha untuk menjaga dan menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan khususnya, Khazanah kepada kakitangan MAS. Ia satu langkah proaktif dan unik dalam konteks pemberhentian kakitangan di negara ini kerana ia mengambil kira semua aspek isu transisi kerjaya bagi menampung keperluan kakitangan terbabit untuk membela nasib-nasib 6,000 pekerja MAS ini.
Irmorhizam berkata tidak dinafikan bahawa banyak pihak mempersoalkan kenapa penstrukturan ini tidak dilakukan lebih awal lagi, tetapi harus disedari bahawa Khazanah dan MAS hanya mengambil opsyen mengurangkan tenaga pekerja sebagai penyelesaian terakhir kerana mengambil kira sumbangan serta kebajikan semua pekerjanya.
"Dan dengan kewujudan pusat ini, saya melihat antara fokus utama ialah bagaimana mereka ini didedahkan, sama ada untuk diberikan perkara yang berkaitan dengan pesaraan awal, yang kedua memberikan pendedahan mengenai menjadi usahawan ataupun memberikan pendedahan bagaimana mereka harus ubah kepada ke arah pekerjaan baru, sama ada mereka akan kembali ke MAS ataupun mereka diberikan alternatif untuk bekerja di sektor-sektor yang lain," katanya.
Beliau berkata dengan adanya pusat penempatan ini, secara tidak langsung akan memberikan gambaran baru dalam sektor pekerjaan negara bahawa usaha-usaha yang dilakukan ini bukan untuk menghukum ataupun menyebabkan mereka rasa terseksa, tapi ini sebagai satu langkah jangka panjang untuk membuka ruang dan juga pemikiran baru, termasuk juga dalam elemen kebajikan.
"Kerajaan ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa setiap langkah yang dilakukan ini haruslah memberikan impak yang positif kerana saya akui bahawa kehidupan mereka ini harus juga dijaga dan diberikan perhatian yang serius.
"Inisiatif yang dilakukan oleh Khazanah juga harus ambil perhatian oleh syarikat-syarikat yang lain kerana kalau pihak Khazanah melalui MAS ini boleh dilakukan, sudah tentu syarikat-syarikat yang ada di dalam negara kita, janganlah sewenang-wenang memberhentikan pekerja mengikut suka hati mereka," tambahnya.
"Saya menyambut baik saranan ini kerana ini merupakan antara langkah proaktif di samping mewujudkan elemen positif kepada era baru MAS. Kerana bagi hemat saya paling penting sekali ialah imej negara sendiri dan dengan bimbingan kaunseling, latihan untuk mereka menyiapkan diri dalam suasana dan juga struktur baharu MAS sudah tentunya memerlukan barisan pekerja-pekerja yang mempunyai pemikiran baharu mara harapan."
Irmohizam, yang juga anggota jawatankuasa khas mengenai rasuah dalam Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia mahu agar setiap proses pemulihan ini dilakukan dengan penuh keberadaban dan dengan penuh telus tanpa ada berselindung kerana yang paling penting sekali rakyat ingin melihat kejayaan MAS secara keseluruhannya di masa akan datang.
Bagi anggota Parlimen Sekijang, Anuar Manap pula, langkah yang diluluskan kabinet itu merupakan prospek yang baik kepada semua pihak, dan akan pastinya memberi faedah 'sama-sama menang' di mana syarikat penerbangan negara dipulihkan untuk kembali mencatatkan keuntungan, kehidupan kakitangan akan terus kukuh.
"Langkah ini sangat berperikemanusiaan, memikirkan mereka yang tidak lagi bersama MAS dan pujian kepada kerajaan, Khazanah dan MAS kerana memastikan kesejahteraan mereka yang meninggalkan MAS," katanya.
Anuar berkata sokongan penempatan yang disediakan itu bakal membantu 6,000 pekerja untuk mendapatkan kembali keyakinan dan belajar menyediakan diri mereka dengan berkesan untuk masa depan mereka dalam bidang baharu.
Bernama
Mon Sep 22 2014
Langkah Khazanah Nasional tubuh pusat khas bantu pekerja MAS dipuji - Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri
GLIC termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan berterusan.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, isu FashionValet tidak akan menjejaskan keinginan Khazanah untuk terus melabur dalam syarikat pemula.
Op Favish: Proses rekod keterangan Vivy, suami bersambung hari ini
Pasangan pengasas FashionValet yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah PNB menyambung memberikan keterangan hari ini.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Op Favish: Pengasas FashionValet, Vivy dan suami beri keterangan lebih lima jam
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas lima jam memberi keterangan hari ini.
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Op Favish: Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, Fadza masih di dalam
Selepas dua jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Op Favish: Vivy, Fadza sambung beri keterangan berhubung kerugian FashionValet
Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar menyambung sesi keterangan di SPRM berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan PNB.