UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG]: RMK-12 - Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan

RMK-12 bermatlamat mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang negara.

Astro Awani
PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bakal menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara di Dewan Rakyat pada Isnin. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia

RMK-12: Teks penuh PM Ismail Sabri

Mon Sep 27 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat di ibu negara, pada Isnin.

Bertemakan 'Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan', RMK12 bermatlamat mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang negara.

KLIK DI SINI UNTUK TEKS  PENUH

Kategori pendapatan isi rumah sedia disemak semula, bantuan lebih bersasar

Mon Sep 27 2021

Kerajaan akan memberi tumpuan yang lebih untuk menangani kemiskinan dan keterangkuman dalam mencapai taraf hidup yang wajar,dan memastikan keadilan sosial di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), selaras dengan prinsip tiada siapa yang tertinggal.

Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Isnin, beberapa strategi akan dilaksana untuk memperkasa kumpulan B40 bagi meningkatkan taraf hidup dan pendapatan golongan itu.

BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan harus fahami tuntutan untuk pastikan seluruh rakyat menikmati kemakmuran

Mon Sep 27 2021

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dilihat mampu merapatkan jurang besar antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir.

Sembilan fokus utama dalam kandungan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat sebagai langkah terbaik untuk merancakkan kembali pertubuhan ekonomi.

Ekonomi negara dijangka berkembang antara 4.5 hingga 5.5 peratus

Mon Sep 27 2021

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.5 hingga 5.5 peratus setahun, dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Isnin, pendapatan negara kasar (PNK) per kapita juga dijangka lebih tinggi iaitu RM57,882, atau AS$14,482 menjelang 2025.

BACA BERITA PENUH DI SINI

RMK-12: Kerajaan tumpu langkah perkukuhkan keselamatan, ketenteraman awam

Mon Sep 27 2021

Langkah meperkukuh keselamatan dan ketenteraman awam, akan ditumpu kepada menambah baik usaha mencegah jenayah, membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah, serta mengekang pemerdagangan manusia.

BACA BERITA PENUH DI SINI

RMK-12 tepati hasrat MA63 - Alexander Nanta 

Mon Sep 27 2021

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dilihat memberi penekanan terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak khususnya melalui aspek rakan kongsi setaraf dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, secara kasarnya ia mungkin tidak diperincikan secara mendalam tetapi dari segi konsepnya ada disebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Sabah, Sarawak terima sehingga 18 peratus peruntukan untuk pembangunan asas

Mon Sep 27 2021

Kerajaan Persekutuan bakal memberi keutamaan peruntukan pembangunan bagi negeri atau wilayah yang kurang membangun termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Isnin, kedua-dua wilayah berkenaan bakal menerima antara 15 hingga 18 peratus setahun daripada jumlah peruntukan pembangunan asas.

BERITA PENUH DI SINI

Agenda Bumiputera diperkasa, tidak akan diabaikan

Mon Sep 27 2021

Kerajaan akan perkenal pelan baharu transformasi sistem penjagaan kesihatan

Mon Sep 27 2021

Kerajaan bakal memperkenalkan Pelan Rangka Tindakan Pembaharuan Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia sebagai hala tuju baharu untuk mentransformasi sistem penjagaan kesihatan negara.

Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Isnin, bagi mencapai maksud tersebut, kerajaan akan menjalankan kajian bagi memantapkan landskap sektor kesihatan.

BERITA PENUH DI SINI

Tambah baik sistem pendidikan, pekerjaan kemahiran tinggi

Mon Sep 27 2021

Kerajaan tambah baik sistem pendidikan negara, tangani isu pasaran pekerjaan - PM

Mon Sep 27 2021

Kerajaan menyedari pembangunan bakat merupakan elemen penting dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sistem pendidikan di negara ini perlu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal insan berkualiti, serta berkemahiran tinggi, bagi memenuhi kehendak industri.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Sektor kesihatan negara perlukan reformasi - Pakar Kesihatan Awam

Mon Sep 27 2021

Kerajaan disaran melaksanakan reformasi ke atas sistem kesihatan negara dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi memastikan perkhidmatan kesihatan negara menjadi lebih mampan dan responsif.

Menurut Pakar Kesihatan Awam, Profesor Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, rombakan itu perlu dilakukan sejajar dengan perubahan persekitaran dan keperluan rakyat Malaysia masa kini khususnya dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19.

BACA BERITA PENUH DI SINI

RMK-12: Kerajaan rangka dasar kesihatan negara, tingkatkan kesiapsiagaan hadapi krisis kesihatan - PM

Mon Sep 27 2021

Kerajaan rangka dasar kesihatan negara, tingkatkan kesiapsiagaan hadapi krisis kesihatan - PM

Mon Sep 27 2021

Kerajaan akan mengkaji semula keberkesanan sistem kesihatan sedia ada, termasuk merangka dasar kesihatan negara, bagi meningkatkan kesiapsiagaan mengurus penyakit berjangkit serta krisis kesihatan.

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga sedang memuktamadkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara bagi memastikan Malaysia mampu menghasilkan vaksin sendiri.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Infrastruktur dan utiliti asas penting rangsang pertumbuhan ekonomi

Mon Sep 27 2021

Kerajaan guna model baharu untuk biayai projek infrastruktur - PM

Mon Sep 27 2021

Kerajaan bakal menggunakan model baharu untuk tujuan pembiayaan projek infrastruktur di masa akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, model pelaksanaan projek itu tidak lagi melibatkan komitmen kewangan kerajaan, sebaliknya menggunakan kaedah Request for Proposal (RFP).

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Peruntukan pembangunan Kerajaan lebih ditumpukan kepada projek sambungan

Mon Sep 27 2021

Kerajaan peruntuk RM400 bilion untuk projek sambungan, baharu - Ismail Sabri

Mon Sep 27 2021

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) merupakan pelan pembangunan menyeluruh yang akan memperkenalkan beberapa pembaharuan, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan pengagihan peluang dan hasil yang lebih saksama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan memperuntukkan RM400 bilion bagi tujuan membiayai projek sambungan dan projek baharu di bawah RMKe-12.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Fokus pertama RMK-12 ialah merancakkan pertumbuhan ekonomi

Mon Sep 27 2021

Membawa Malaysia ke arah negara maju, berpendapatan tinggi

Mon Sep 27 2021

Kembalikan momentum pertumbuhan semua sektor, wujudkan sumber baharu - PM

Mon Sep 27 2021

Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mengembalikan momentum pertumbuhan kesemua sektor ekonomi serta mewujudkan sumber pertumbuhan baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kerajaan juga akan melonjakkan beberapa industri strategik dan berimpak tinggi, seperti elektrik dan elektronik, perkhidmatan global, aeroangkasa, industri halal, pelancongan, biojisim dan pertanian pintar.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

KDNK negara berkembang pada kadar purata 2.7 peratus pada RMK-11

Mon Sep 27 2021

Tiada jalan lain, perlu guna teknologi termaju untuk capai negara berpendapatan tinggi - PM

Mon Sep 27 2021

Usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan dan berteknologi tinggi perlu berpaksikan penerimagunaan teknologi baharu serta penciptaan dan pembangunan teknologi sendiri, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, selain itu, kerajaan juga perlu memastikan infrastruktur diperkukuh dan bakat masa hadapan dibangunkan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

KDNK negara berkembang 2.7 peratus setahun sepanjang tempoh RMK-11

Mon Sep 27 2021

Penularan pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan keluaran dalam kasar negara (KNDK) sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) berkembang pada kadar 2.7 peratus setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, situasi itu berlaku disebabkan penguncupan ketara sebanyak 5.6 peratus pada 2020, biarpun negara mencapai pertumbuhan 4.9 peratus setahun dalam empat tahun pertama RMKe-11.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Diskusi Pra-RMK12 ada di aplikasi Live TV dan Facebook Astro AWANI

Mon Sep 27 2021

Dewan Rakyat: Langkah jadikan Malaysia mesra pelabur, RCI TH jadi tumpuan

Sun Sep 26 2021

Antara topik yang bakal dibincang di Parlimen hari ini, sebelum pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12, ialah langkah menjadikan Malaysia negara mesra pelabur pasca COVID-19.

Soalan itu bakal diajukan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

PM Ismail Sabri bentang RMK-12 hari ini

Sun Sep 26 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 pada 11.30 pagi di Dewan Rakyat hari ini.

Ia bakal menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2021 hingga 2025.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

RMK-12: Golongan petani harap perhatian, pelan jangka panjang

Sun Sep 26 2021

Tidak sampai 24 jam sebelum pebentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Parlimen, semestinya tumpuan lebih terarah kepada bagaimana pelan berkenaan mampu membawa Malaysia keluar daripada krisis ekonomi dan kesihatan ketika ini.


ARTIKEL PENUH, DI SINI

Cabaran pemulihan dan transformasi ekonomi negara

Sun Sep 26 2021

RMK-12: Golongan petani harap perhatian, pelan jangka panjang

Sun Sep 26 2021

Tidak sampai 24 jam sebelum pebentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Parlimen, semestinya tumpuan lebih terarah kepada bagaimana pelan berkenaan mampu membawa Malaysia keluar daripada krisis ekonomi dan kesihatan ketika ini.

Namun tinjauan di Kedah mendapati, rakyat juga berharap kerajaan memberi fokus kepada usaha mensejahterakan kumpulan berpendapatan rendah termasuk golongan petani.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Kesiapsiagaan negara hadapi pandemik perlu diberi perhatian dalam RMK12

Sun Sep 26 2021

Mempertingkat kesiapsiagaan dalam mendepani gelombang atau pandemik baharu adalah antara isu yang perlu diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi memastikan sektor kesihatan negara berada pada tahap terbaik.

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan am Dr Hanafiah Bashirun berkata kesiapsiagaan itu antaranya membabitkan penambahan alat bantuan pernafasan serta kesediaan membangunkan hospital medan pada waktu kritikal.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

PM Ismail Sabri bentang RMK-12 Isnin ini

Sat Sep 25 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Ismail Sabri dijadual membentangkan RMK-12 bagi tempoh 2021 hingga 2025 itu pada 11.30 pagi selepas sesi soal jawab lisan.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

RMK-12 tumpu kebajikan, perlindungan sosial, projek berpaksikan rakyat - Mustapa

Thu Sep 23 2021

Kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat akan lebih menjadi keutamaan berbanding projek mega baharu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) susulan pandemik COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya pandemik yang berpanjangan sejak awal tahun lepas telah mengubah corak perbelanjaan kerajaan dalam merangka masa depan negara yang kini lebih menumpukan kepada perkembangan pasca pandemik bagi lima tahun akan datang.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

#RMKe-12#COVID-19#Keluarga Malaysia#ismail sabri yaakob
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.