awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peletakan jawatan pemimpin PN bukti kerapuhan parti - AMK Johor
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
[TERKINI] Faizal Azumu pula umum letak jawatan Pengerusi PN Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
30/12/2025
05:45 MYT
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
Pas memutuskan untuk tidak menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu yang akan dibentuk oleh Menteri Besar Perlis. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pas menyatakan kesediaan untuk menerajui Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi gabungan tersebut.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah tersebut sebagai usaha memperkasa organisasi gabungan itu dan melakukan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
Beliau menambah, kesediaan itu selari dengan komitmen parti untuk memperkukuh struktur gabungan dan menghadapi cabaran politik masa depan dengan lebih tersusun.
"Pas menyeru semua pihak agar bermuhasabah dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku, dan seterusnya mengambil segala langkah bagi memperkukuh lagi kepercayaan rakyat terhadap PN," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari depan.
Takiyuddin dalam kenyataan sama juga memaklumkan Pas tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan dibentuk oleh Menteri Besar Perlis yang baharu.
Tegasnya, semua anggota Exco sedia ada daripada Pas akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan seiring dengan peletakan jawatan bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.
"Pas komited untuk meneruskan kelangsungan dan keberadaan Pas dalam Kerajaan Negeri Perlis selaras dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada PRU-15," katanya.
Dalam masa sama, beliau turut menegaskan bahawa Pas akan terus menghormati prinsip undang-undang dan demokrasi, selain menzahirkan komitmen kepada institusi Raja Berperlembagaan.
“Pas juga menegaskan komitmen untuk kekal selamanya menghormati lunas-lunas undang-undang, prinsip-prinsip demokrasi, konsep Raja Berperlembagaan serta kebijaksanaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail demi kemaslahatan negeri dan rakyat," kata Takiyuddin.
Mohd Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan, berkuat kuasa 25 Disember.







Topic Berkaitan
#PAS
#Bersatu
#Exco Perlis
#Takiyuddin Hassan
#Mohd Shukri Ramli
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan