CIMB Group Holdings Bhd menyatakan ia memfailkan Laporan Aktiviti Mencurigakan apabila sesuai dan mematuhi proses usaha wajar yang teguh dalam persekitaran yang selamat dan terkawal.
CIMB Group ialah antara bank yang dilapor disebut dalam dokumen Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan Amerika Syarikat (FinCEN).
“CIMB Group mempunyai peranan untuk melindungi integriti sistem kewangan global serta mematuhi undang-undang dan peraturan tadbir urus korporat seperti yang dinyatakan dalam Dasar dan Prosedur Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.”
Ia membuat kenyataan itu sebagai respons kepada laporan mengenai kebocoran dokumen FinCEN melibatkan beberapa bank di Malaysia termasuk CIMB.
Bank utama dunia didakwa terlibat lakukan pemindahan dana meragukan
Menurut laporan itu, yang merujuk kepada dokumen yang dinyatakan, sejumlah 23 transaksi melibatkan US$18.26 juta yang dipindahkan ke/dari bank di Malaysia di antara 2010 dan 2016 telah diletakkan sebagai 'meragukan' oleh bank yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu, Public Bank Bhd yang juga disebut dalam dokumen berkenaan turut komited memerangi jenayah kewangan.
Menurut bank itu, ia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengekalkan integriti sistem kewangan.
“Public Bank memandang serius mengenai perlunya memerangi jenayah kewangan dan mematuhi semua keperluan undang-undang, pengawalseliaan dan peraturan yang diterima pakai bagi melindungi ancaman terhadap pelanggan dan sistem perbankan.
“Kami sentiasa menerima pakai pendekatan sifar toleransi terhadap pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan,” kata bank itu dalam kenyataan hari ini.
Menurut Public Bank, memantau dan melaporkan urus niaga yang mencurigakan adalah sebahagian daripada kewajipan di bawah rangka kerja pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan.
“Kami mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi membolehkan sistem kami mengesan dan melaporkan urus niaga yang mencurigakan kepada pihak berkuasa dan menguntukkan sumber yang besar ke arah memperkukuh dan mengekalkan kawalan dalaman kami untuk tujuan yang sama,” katanya.
Bank itu menjelaskan ia tertakluk kepada pengaturan ketat dalam melindungi kerahsiaan dan keselamatan mengenai pelaporan urus niaga yang mencurigakan dalam lingkungan persekitaran sistem teknologi maklumat dan kawalan maklumat yang terjamin.
Astro Awani
Wed Sep 23 2020

CIMB dan Public Bank beri kenyataan berhubung laporan mengenai kebocoran dokumen FinCEN melibatkan beberapa bank di Malaysia.

AWANI Ringkas: COVID-19: 3,306 kes baharu, 4 kematian | Khairuddin saman Muhyiddin, Kerajaan Malaysia

Cabaran getir Joe Biden baik pulih negara sedang berpecah-belah
Rusuhan di Capitol dikhuatiri akan berulang minggu ini, dengan beberapa protes kecil telah dimulakan dalam kalangan penyokong Trump.

"Ada pelajar yang slow learner.." - calon SPM bimbang tahap pencapaian
Ini termasuk keadaan norma baharu yang terpaksa dihadapi pelajar dalam sesi pembelajaran.

Penduduk di kawasan PKP di Sarawak akan terima bantuan makanan Rabu ini
Usaha penyaluran bantuan ini akan melibatkan penduduk di 11 kawasan termasuk yang berada di kawasan pedalaman.

COVID-19: Sabah catat pertambahan 432 kes baharu
Sabah kekal merekodkan 22 zon merah di seluruh negeri, dengan pertambahan 432 kes positif COVID-19 pada hari ini.

AWANI Ringkas: PM umum pakej PERMAI RM15 bilion | Kerajaan perluas Geran Khas Prihatin kepada 7 negeri

Vaksin COVID-19: KKM ambil maklum laporan susulan kes kematian di Norway
Autopsi menunjukkan penerima mengalami demam, mual dan cirit-birit yang merupakan kesan advers biasa selepas penerimaan imunisasi.
![AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/29301631761610974651236/1886146_27846248381610974792060_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar Fokus #AWANI745: - Tiga fokus, 22 inisiatif, RM15 bilion untuk Pakej Permai - Proklamasi darurat, saman pemula dikemukakan terhadap Perdana Menteri, kerajaan - Permit, lesen syarikat kuari musnahkan air terjun Tanjung Batu ditahan #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19

Angkat sumpah Biden | FBI arah 25,000 tentera disiasat
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengarahkan kesemua 25,000 anggota tentera di Washington DC menjalani pemeriksaan keselamatan. Ini susulan kebimbangan pihak berkuasa serangan dilancarkan dalam kalangan anggota keselamatan pada upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden 20 Januari ini.

Cabar proklamasi darurat bukti Anwar utamakan politik peribadi - MPT Bersatu
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mencabar proklamasi darurat melalui mahkamah jelas memperlihatkan sikapnya yang lebih mementingkan agenda politik peribadi.

PKP 2.0: Bank sedia lanjutkan bantuan
Pihak industri perbankan bersedia membantu peminjam yang terjejas susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri di Malaysia.

Strategi digital Astro dijangka bantu pertumbuhan, tarik penonton generasi baharu - CGS CIMB
Dalam nota kajiannya, CGS-CIMB menjangka ini akan membantu Astro untuk mendapatkan balik pelanggan dan penonton generasi baharu.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.07 mata kepada 1,639.34 selepas dibuka rendah 0.15 mata kepada 1,644.26 daripada 1,644.41 semasa ditutup pada Rabu.

Keputusan kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan pagi ini
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini, pada 14 Jun 2016.

Doa Najib buat ibu tersayang
Dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook, bekas perdana menteri itu berharap agar ibunya diberi kesembuhan.

Bukit Aman sah pelaburan Gold Trading Investment skim penipuan
15 laporan polis telah dibuat dan tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420.

Isu MARACorp: UNI-MLC gesa kerajaan jalankan siasatan terperinci
UNI-MLC menyuarakan cadangan agar siasatan terperinci dilakukan dalam kemelut penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARACorp).

Keuntungan saham perbankan, Top Glove lonjakkan bursa untuk ditutup tinggi
Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.86 mata untuk ditutup pada 1,654.39.

Ke arah Malaysia yang lebih baik - Nazir Razak
Seringkali saya ditanya tentang ekonomi Malaysia, saya secara sinis sering mengatakan bahawa kita tidak punyai ekonomi, yang kita miliki cuma ekonomi politik.

Penggantungan CEO Kumpulan MARACorp bukan keputusan politik
Suhaili berkata keputusan mengantung tugas Badlisyah juga dicapai sebulat suara oleh Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi MARACorp Datuk Dr Syed Muhamad Syed Kadir sementara menanti siasatan.