KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Research menjangkakan perintah larangan eksport yang dikenakan Indonesia untuk minyak sawit hanya akan bertahan selama sebulan kerana isu mereka berdepan isu logistik dan penyimpanan buah tandan segar (FFB). 

Pada 2021, Indonesia mengeksport 64 peratus produk minyak sawit mereka. Harga minyak sawit mentah (MSM) di Malaysia meningkat sebanyak 10 peratus daripada RM6,775 satu tan pada 22 April kepada RM7,469 satu tan pada 5 Mei 2022 selepas Indonesia mengumumkan perintah larangan eksport sementara untuk produk seperti MSM, olein sawit yang ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dan minyak sawit RBD bermula 28 April 2022. 

"Seandainya, perintah larangan itu berterusan, ia akan membawa kepada kemusnahan permintaan disebabkan harga minyak sawit yang lebih tinggi akibat kekurangan bekalan di dalam pasaran. 

"Bagaimanapun kerjaan Indonesia tidak menetapkan sebarnag tarikh khusus untuk larangan itu namun dipercayai larangan itu akan diteruskan sehingga harga minyak masak pukal mereka menurun kepada paras Rp14,000 (RM4.22) seliter," katanya dalam satu nota kajian, hari ini. 

Firma itu menjangkakan, syarikat perladangan Malaysia akan mencatatkan pendapatan yang lebih baik untuk Q1FY22. 

Katanya, pertambahan pendapatan itu didorong oleh kenaikan harga purata MSM sebanyak 55 peratus dan 4 peratus peningkatan daripada pengeluaran MSM. 

Dari suku ke suku, peningkatan 20 peratus terhadap MSM kepada RM6,051 satu tan akan diseimbangkan dengan kada pengeluaran yang rendah iaitu -20 peratus dan cukai makmur yang tinggi. 

"Kami kekal 'neutral' untuk sektor itu dengan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), Genting Plantation Berhad dan Hap Seng Plantations Holding Berhad menjadi pilihan," katanya. 

* Artikel asal disiarkan di