awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LBS terima anugerah Deloitte buat kali ketiga, bukti kepimpinan dan komitmen mampan

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
04/12/2024
03:10 MYT
LBS terima anugerah Deloitte buat kali ketiga, bukti kepimpinan dan komitmen mampan
Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan (empat dari kiri) menerima Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte Malaysia, Yee Wing Peng (tiga dari kiri).
KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Berhad (LBS), syarikat terkemuka dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah, berjaya merangkul Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik (Malaysia) 2024 oleh firma perunding global terkemuka, Deloitte.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen LBS terhadap prinsip pengurusan cekap, inovasi berterusan, serta pemerkasaan terhadap pekerja dan pelanggan.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lucas Lim, anugerah ini membuktikan budaya kerja positif dan kejayaan syarikat dalam pelbagai aspek.
"Ia bukan hanya menilai prestasi kewangan tetapi juga inovasi dan kepuasan pelanggan,” ujar Lim.
Tambah beliau, LBS turut mengadaptasi pendekatan fleksibel dan berinovasi untuk menghadapi cabaran ekonomi yang tidak menentu.
“Strategi syarikat merangkumi peningkatan kecekapan operasi, pengurusan kewangan yang kukuh, dan penggunaan teknologi terkini.
"Kami memastikan produk dan perkhidmatan kami kekal relevan dengan memahami keperluan pelanggan.
“Kami juga akan terus memperkukuhkan sistem maklum balas pelanggan untuk memastikan keperluan mereka didengar dan dihargai,” jelas beliau.
Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan (kiri), di samping Pengarah Eksekutif LBS, Dato’ Cynthia Lim (tengah) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lim Kim Kiat (kanan) dengan tiga buah trofi yang diterima selama tiga tahun berturut-turut.
Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan (kiri), di samping Pengarah Eksekutif LBS, Dato’ Cynthia Lim (tengah) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lim Kim Kiat (kanan) dengan tiga buah trofi yang diterima selama tiga tahun berturut-turut.
Manakala dalam aspek kelestarian, LBS menekankan pembangunan projek mesra alam dan mampan serta terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan.
"Kami ingin memastikan bahawa setiap keputusan yang diambil memberi impak positif kepada keseluruhan ekosistem syarikat," katanya ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI baru-baru ini.
LBS komited untuk terus memfokuskan inovasi, kepuasan pelanggan, dan tanggungjawab sosial, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri.
Topic Berkaitan
#hartanah
#LBS Bina Group
#Lucas Lim
#Deloitte
#Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan