KUALA LUMPUR: Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus tahun ke tahun kepada RM16.6 bilion pada Januari 2021, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah perdagangan meningkat 4.1 peratus tahun ke tahun kepada RM162.65 bilion.
Beliau berkata jumlah eksport Malaysia mengekalkan pertumbuhan positif bagi lima bulan berturut-turut, mencatatkan peningkatan 6.6 peratus tahun ke tahun kepada RM89.63 bilion pada Januari 2021 sementara import terus berkembang 1.3 peratus kepada RM73 bilion.
"Ini merupakan nilai eksport tertinggi yang pernah dicatatkan bagi bulan Januari setakat ini, didorong oleh kedua-dua eksport dan eksport semula.
"Eksport domestik meningkat sebanyak 6.3 peratus kepada RM72.1 bilion dan ia menyumbang 80.5 peratus kepada jumlah eksport," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
"Eksport semula pula mengembang 7.5 peratus tahun ke tahun kepada RM17.5 bilion pada Januari 2021 manakala import naik 1.3 peratus tahun ke tahun kepada RM73 bilion.
BACA: Eksport, import Malaysia pada Januari 2021 terus catat pertumbuhan positif
Mohd Uzir berkata pengembangan eksport Malaysia disokong terutamanya oleh eksport yang tinggi ke China (+RM2.7 bilion), Amerika Syarikat (+RM1.6 bilion), Vietnam (+RM1.2 bilion), Kesatuan Eropah (+RM821.3 juta) dan Singapura (+RM621.0 juta).
Produk utama yang menyumbang kepada peningkatan eksport ialah produk elektrik dan elektronik (+RM4.2 bilion); produk getah (+RM4.1 bilion); barangan perkilangan logam (+RM614.4 juta), dan kimia dan bahan kimia (+RM448.9 juta).
Sementara itu, peningkatan dalam import terutamanya dari Taiwan (+RM1.0 bilion), China (+RM793.9 juta), Hong Kong (+RM686.1 juta) dan Indonesia (+RM662.1 juta).
Peningkatan dalam eksport ialah untuk produk elektrik dan elektronik (+RM3.4 bilion) dan produk getah (+RM623.9 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021

Jumlah eksport Malaysia mengekalkan pertumbuhan positif bagi lima bulan berturut-turut, mencatatkan peningkatan 6.6 peratus tahun ke tahun kepada RM89.63 bilion pada Januari 2021. - Gambar fail/BERNAMA

COVID-19: 83 kluster sektor pendidikan sepanjang 2021 - Dr Adham
Daripada jumlah 83 kluster tersebut, sebanyak 49 atau 59.04 peratus kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif.

Kampung Sundang Laut terbakar, 150 penduduk hilang tempat tinggal
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, sebanyak 30 buah rumah penduduk Kampung Sundang Laut, Batu Sapi, Sandakan hangus dijilat api.

Lonjakan kes COVID-19 berlaku dari komuniti, sektor tertentu - Pakar
Zainal tidak menolak kemungkinan kes positif yang berlaku sejak Mac berpunca daripada pembukaan beberapa sektor ekonomi dan sosial.

"Mahathir pernah berhasrat pecat Yeo Bee Yin" - Lim Kit Siang
Kejadian ini menyerlahkan kerumitan dalam kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Dr Mahathir ketika itu, kata Kit Siang.

Masjid di Gombak mohon maaf laung azan Maghrib terawal tiga minit, puasa terbatal
Kesilapan itu berlaku berpunca dari masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.

Perubahan iklim gesa kepada transformasi perniagaan bagi bank - Moody's
Peralihan karbon dan risiko iklim fizikal akan mengubah analisis kos-faedah pinjaman dan pilihan pelaburan bank.

2020 antara tahun paling panas direkodkan - WMO
Cuaca melampau atau ekstrem yang digabungkan dengan pandemik COVID-19 memberi tamparan berganda kepada penduduk global.

Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu

Rasuah RM1 juta: Mahkamah dengar rayuan Ku Nan esok
HMahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta terhadap Ku Nan selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan rasuah.

Pencerobohan tanah pusaka: Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi inter-parte
Menurut Pengerusinya, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.

Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus kepada RM16.6 bln pada Januari 2021
Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus tahun ke tahun kepada RM16.6 bilion pada Januari 2021, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.