awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Pelabuhan Kelang, Westports kaji kesan larangan kapal Israel berlabuh

Bernama
Bernama
21/12/2023
08:57 MYT
Lembaga Pelabuhan Kelang, Westports kaji kesan larangan kapal Israel berlabuh
Kontena, kargo pukal, muatan kargo pelbagai dan kargo cecair adalah antara kargo yang dikendalikan di Pelabuhan Klang. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Lembaga Pelabuhan Kelang dan Westports Holdings Bhd akan menilai kesan yang merumitkan berikutan larangan kapal pengendali perkapalan kargo Israel, Zim Integrated Shipping Services Ltd daripada berlabuh di Pelabuhan Klang susulan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kelang, K. Subramaniam memberitahu Bernama bahawa pihaknya sedang meneliti kesan ke atas operasi Pelabuhan Klang dan akan memaklumkan kepada media secepat mungkin.
Sementara itu, pegawai Westports berkata pengendali pelabuhan itu akan mematuhi arahan kerajaan untuk menyekat kapal terbabit dan akan merujuk kepada pihak berkuasa pelabuhan mengenai isu itu.
"Setakat ini, tiada mesyuarat dipanggil kerana keputusan itu telah dibuat mengejut namun, kami percaya akan ada perbincangan antara pengendali dan pihak berkuasa tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.
Pada Rabu, Anwar memaklumkan Malaysia mengenakan sekatan serta-merta dan tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel masuk ke negara ini.
Pada masa sama kerajaan juga melarang mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia, katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan yakin semua keputusan itu tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam negara berkuat kuasa serta-merta.
Susulan itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook turut berkata kapal berkaitan Israel yang dijadualkan tiba di Pelabuhan Klang pada 26 Dis, 2023 tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang.
Beliau berkata Lembaga Pelabuhan Kelang telah diarahkan untuk membantu perniagaan logistik, pengimport, pengeksport dan perkapalan dalam menguruskan kargo yang terjejas.
Pelabuhan Klang ialah sebuah bandar dan pelabuhan laut utama bagi Malaysia.
Lokasi itu juga merupakan antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia, dengan pengendalian tahunan sebanyak 235.34 juta tan pada 2022, menjadikannya pelabuhan kedua paling sibuk di Asia Tenggara selepas Singapura, dan menduduki tempat ke-28 di peringkat antarabangsa.
Kontena, kargo pukal, muatan kargo pelbagai dan kargo cecair adalah antara kargo yang dikendalikan di Pelabuhan Klang.
Ia juga merupakan hab pemunggahan kargo bagi rantau ini, yang bermaksud mengendalikan kargo yang tidak menuju ke Malaysia namun, sedang diangkut ke pelabuhan lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal Israel
#Pelabuhan Klang
#larangan berlabuh
#kesan kepada Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan