awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2026
11:21 MYT
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Fahmi kesal kerana ada pihak yang mempertikai keupayaan UIAM untuk melakukan kajian berkenaan. - Gambar/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keupayaan institusi pengajian tinggi tempatan, khususnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), tidak seharusnya dipandang rendah, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Ringkasan AI
  • Datuk Fahmi Fadzil menegur Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kerana mempertikai kajian UIAM mengenai Pilihan Raya Datuk Bandar KL.
  • Fahmi menekankan pentingnya menghormati keupayaan institusi pengajian tinggi seperti UIAM yang telah melahirkan pemimpin.
  • Mesyuarat Jemaah Menteri tidak membincangkan syor pilihan raya datuk bandar hari ini; Menteri Hannah Yeoh hanya memberi makluman lisan tentang kajian yang sedang dijalankan oleh UIAM.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang mempertikai kajian UIAM mengenai cadangan pelaksanaan Pilihan Raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Menurutnya, beliau kesal kerana ada pihak yang mempertikai keupayaan UIAM untuk melakukan kajian berkenaan.
“Bagi saya itu satu sikap yang tidak baiklah oleh ahli politik ini. Dia sepatutnya melihat UIAM sebagai satu institusi pendidikan yang mampu melakukan kajian. Jadi, bagi saya, dia tidak sepatutnya berkata begitu.
“Sangat tidak bertanggungjawab... dan dia melihat ke bawah (memandang rendah) satu institusi yang sangat penting yang telah melahirkan ramai, bukan hanya pemimpin dalam negara kita, malah pemimpin di negara-negara lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Putrajaya pada Jumaat.
Dalam pada itu, Fahmi berkata, syor mengenai pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan dan datuk bandar tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh ada memaklumkan secara lisan mengenai isu terbabit.
"Beliau cuma memaklumkan bahawa ada satu kajian yang sedang dilakukan oleh pihak UIAM dan belum ada apa-apa yang boleh dibentang kepada Jemaah Menteri untuk dibincangkan.
"Jadi ia cuma pemakluman secara lisan, bukan melalui nota ataupun memorandum Jemaah Menteri," katanya.
Sebelum ini, Takiyuddin memaklumkan tidak ada jaminan bahawa Pilihan Raya Datuk Bandar Kuala Lumpur akan secara automatik membawa kepada penyampaian perkhidmatan atau governans serta kecekapan lebih baik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Malah, Takiyuddin mengingatkan bahawa sistem sedemikian boleh membawa masalah tambahan lain, termasuk pempolitikan pentadbiran bandar raya, populisme elektoral, konflik Datuk Bandar yang dipilih dengan kerajaan Persekutuan serta ketidakstabilan dasar yang dipacu oleh kitaran pilihan raya, bukan dasar perancangan bandar jangka panjang.
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#Fahmi Fadzil
#Takiyuddin Hassan
#datuk bandar kl
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan