awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen bank digital: MPay hormati keputusan BNM - Azizan Osman

Dagang News
Dagang News
06/05/2022
01:45 MYT
Lesen bank digital: MPay hormati keputusan BNM - Azizan Osman
Azizan (kiri) menghadiahkan buku tulisannya kepada Mohd Ali. - Dagang News
MELAKA: Pemegang saham utama ManagePay System Berhad (MPay), Datuk Azizan Osman berkata pihaknya menghormati keputusan Bank Negara Malaysia yang tidak memilih konsortium MPay sebagai antara lima penerima lesen bank digital yang diumumkan minggu lepas.
''Saya hormati keputusan BNM, walaupun sebenarnya MPay mempunyai kapasiti dengan 11 lesen di bawah BNM dan Suruhanjaya Sekuriti.
''Kalaulah kita diberikan lesen ini, kita mungkin boleh wujudkan dan beroperasi dalam tempoh 6 bulan saja...., kalau nak dibandingkan dengan pihak lain yang mungkin ambil masa 2 tahun untuk bina.
''Kita sudah ada infrastruktur, tapi tidak apa. Kita hormati dan fokus kita kepada membantu kerajaan untuk mendigitalisasikan sistem bukan saja soal pembayaran parkir tetapi integrasi keseluruhan bagi majlis kerajaan tempatan. Itu projek dan fokus kita.
"Dan itu telah dan sedang dijalankan,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Ali Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri di `Mak & Ayah Garden' iaitu kediaman keluarganya, di sini, pada Khamis.
Tun Ali diiringi isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman dan keluarga manakala Datuk Seri Utama Sulaiman bersama isteri Datin Seri Munira Yusop dan keluarga.
Ditanya apakah beliau tahu mengenai punca MPay tidak terpilih, Dr Azizan berkata, beliau tidak pasti mengapa.
''Daripada segi infrastruktur dan teknologi, MPay sudah ada. Kebanyakan konsortium yang diterima itu ada kaitan dengan entiti luar negara. Mungkin pelabur luar saya kurang pasti,'' kata beliau.
Pada Julai tahun lepas, MPay mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya ManagePay Services Sdn Bhd pada 30 Jun 2021 telah mengemukakan permohonan untuk lesen bank digital kepada BNM, disokong oleh tiga rakan strategik dikawal bumiputera — Trustgate Bhd, Crescent Capital Sdn Bhd dan RichWorks International Sdn Bhd.
Firma pelaburan dan perunding strategik Crescent Capital diasaskan dan diketuai oleh Tan Sri Mirzan Mahathir, anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala RichWorks International diasaskan oleh Dr Azizan. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#MPay
#Bank Negara Malaysia
#lesen bank digital
#Azizan Osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan