LHDN bayar balik lebihan cukai RM14.55 bilion bagi 3.47 juta kes setakat 30 Nov 2025 - Lim

LHDN Malaysia telah menyelesaikan proses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.55 bilion melibatkan 3.47 juta bilangan kes setakat 30 November 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia telah menyelesaikan proses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.55 bilion melibatkan 3.47 juta bilangan kes setakat 30 November 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Ringkasan AI
- LHDN menyelesaikan bayaran balik lebihan cukai RM14.55 bilion kepada 3.47 juta kes sehingga 30 November 2025, menunjukkan peningkatan 17.5 peratus berbanding tahun lepas.
- Strategi LHDN termasuk membayar dahulu lebihan cukai, menjalankan audit, dan memprioritikan tunggakan bayaran balik yang lebih lama, serta memberi keutamaan kepada pembayar cukai individu dan syarikat PMKS.
- Dewan Negara meluluskan RUU Kewangan 2025 yang memperkenalkan pindaan kepada lima akta percukaian berikutan perbahasan oleh 11 Ahli Dewan Negara.
"Dalam usaha memperkukuh pengurusan bayaran balik lebihan cukai, LHDN telah merangka strategi bagi memastikan peruntukan bayaran balik yang disediakan oleh kerajaan dapat diagihkan secara teratur dengan keutamaan diberikan kepada kes bayaran balik lebihan cukai berdasarkan usia tunggakan," kata Lim.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Kewangan 2025 di Dewan Negara hari ini.
Menurutnya, antara strategi LHDN termasuk membayar dahulu lebihan cukai dan menjalankan audit kemudiannya dan mendahulukan tunggakan bayaran balik yang lebih lama.
Seterusnya, LHDN juga mengagihkan bayaran balik lebihan cukai secara seimbang berdasarkan usia tunggakan serta membuat bayaran penuh tunggakan bayaran balik lebihan cukai untuk kategori pembayar cukai individu, dan mempertimbang keutamaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) atau syarikat yang mengalami masalah aliran tunai.
Dalam pada itu, persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan RUU Kewangan 2025 yang merangkumi pindaan ke atas lima akta percukaian -- Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.
RUU tersebut telah diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas oleh 11 orang Ahli Dewan Negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


