awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2026
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Februari 2026.
1. Pembangunan mesti berteras kesejahteraan rakyat, bukan sekadar kemodenan fizikal - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pembangunan negara tidak sewajarnya dinilai hanya berdasarkan ketinggian bangunan, kemajuan fizikal atau kemodenan prasarana semata-mata, sebaliknya perlu berakar kepada peningkatan kehidupan serta kebajikan rakyat.
2. Pengurusan e-waste: SPRM beku akaun RM1 juta, sita wang tunai RM170,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan dua akaun bank bernilai kira-kira RM1 juta dalam siasatan kes pengurusan sisa elektronik (e-waste) membabitkan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, seorang penolong pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan seorang orang awam.
3. SPRM akan panggil beberapa individu bantu siasatan kes dana zakat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang akan memanggil beberapa lagi individu berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri berkaitan dana zakat.
4. Polis terima laporan pelakon dakwa jadi mangsa seks luar tabii
Polis mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang pelakon lelaki yang mendakwa pernah menjadi mangsa seks luar tabii.
5. Operasi percubaan pintu sempadan Rafah bermula
Operasi percubaan pintu sempadan Rafah, satu-satunya laluan keluar Gaza ke dunia luar di sempadan Mesir, bermula pada pagi Ahad.
6. Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
Seorang lagi anggota kumpulan jenayah terancang ‘Geng Captain Praba’ telah berjaya dibawa pulang ke negara ini dari hasil kerjasama erat di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Thailand.
7. PN kekal bersama empat parti, tiada isu kerjasama - Takiyuddin
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PN sememangnya terdiri daripada empat parti dan kesemua parti terbabit bergerak bersama dalam gabungan berkenaan tanpa sebarang masalah.
8. Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Kerajaan akan menyesuaikan penganjuran Festival Muzikal Air agar selari dengan sensitiviti masyarakat, nilai tempatan serta imej negara.
9. Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya sebarang kaitan dengan kes melibatkan individu kontroversi, Jeffrey Epstein, susulan dakwaan yang mengaitkan namanya dalam satu emel oleh pihak luar.
10. UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
UMNO perlu keluar dari zon selesa dengan mengorak satu langkah luar biasa termasuk menjana pemikiran baharu bagi menjadikan parti itu kembali dominan dalam landskap politik negara.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#berita pilihan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
#berita utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan