KUALA LUMPUR: Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 dijangka menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani untuk kedua-dua sektor pertahanan dan komersial, bernilai antara RM6 bilion dan RM8 bilion.
Pengarah Urusan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd Anita Jacobson berkata MoU itu akan ditandatangani antara kerajaan dan syarikat, serta antara syarikat dan syarikat.
Beliau berkata LIMA 2023 juga diunjur menyaksikan kesan ekonomi ke atas pemain dan vendor tempatan dalam anggaran RM250 juta di sepanjang acara selama lima hari itu.
Mengenai penyertaan syarikat, beliau berkata pada masa ini, 600 syarikat telah mendaftar untuk menyertai dengan 70 peratus penyertaan daripada syarikat antarabangsa merentasi 30 negara dan 30 peratus lagi daripada syarikat tempatan.
"Kami melihat perniagaan aeroangkasa sekitar 60 peratus, dengan 40 peratus daripada industri maritim," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama.
Anita berkata Alpine yang merupakan penganjur LIMA 2023, yakin dapat menarik lebih banyak pelaburan asing, terutamanya dengan penglibatan pemain terbesar dunia seperti Airbus, Boeing, Embraer, Lockheed Martin dan peserta dari Turki.
LIMA 2023 melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (Industri Pertahanan Maritim dan Aerongkasa) dan Kementerian Pengangkutan (Industri Komersil Maritim dan Aeroangkasa).
Pengarah Eksekutif Alphine Intergrated Solution Muhammad Aqlan Pacleb berkata Kementerian Pengangkutan menyumbang kepada 40 peratus penglibatan dari segi mendapatkan bilangan pempamer dan acara tahun ini akan menyaksikan 30 peratus penyertaan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.
"Kita mempunyai kira-kira 250,000 industri PKS berdaftar di Malaysia. Oleh itu, PKS ini boleh melihat pameran itu sebagai platform yang berpotensi untuk meneroka pasaran lain yang belum pernah mereka lihat sebelum ini," katanya.
LIMA 2023 yang akan berlangsung dari 23 hingga 27 Mei depan adalah bertemakan 'Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia'.
Kali terakhir pameran dwitahunan itu dianjurkan adalah pada tahun 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023

LIMA 2023 diunjur menyaksikan kesan ekonomi ke atas pemain dan vendor tempatan dalam anggaran RM250 juta di sepanjang acara selama lima hari itu. - Foto/Mindef

Industri kreatif mampu kukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia, kata Duta Besar
Industri kreatif Malaysia, khususnya dalam bidang filem dan drama, berpotensi menjadi jambatan baharu dalam memperkukuh hubungan budaya dengan Indonesia.

Kepimpinan mahasiswa perlu integriti, bijak buat keputusan - Zambry
Zambry turut menyeru mahasiswa memahami konsep "Informed Decision", iaitu membuat keputusan berpandukan fakta dan penilaian rasional, bukan dipengaruhi sentimen media sosial.

Lelaki warga emas maut dibunuh, lima lelaki ditahan
Helmi berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 3.22 petang Ahad mengenai insiden pergaduhan di pondok itu.

Maldives pelawa syarikat Malaysia teroka peluang pelaburan sektor strategik - Presiden
Maldives mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata komunikasi strategik kini menjadi keperluan utama dalam pembangunan negara dan pertumbuhan generasi baharu.

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan
Kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di Kelantan menunjukkan peningkatan berikutan kejadian yang berlaku hampir setiap hari, dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta.

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Pembinaan LCS dijangka disambung semula bulan depan - Panglima TLDM
Pembinaan itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi, Mei lepas.

LIMA '23: 43 perjanjian berjumlah lebih RM10.1 bilion dimeterai Kementerian Pertahanan
Sejumlah 43 kontrak bernilai RM10.128 bilion dimuktamadkan oleh Kementerian Pertahanan semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) sehingga kini merangkumi 20 dokumen

'Langkawi ini Kedah punya bos' - Sanusi
Kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke majlis pembukaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA '23) mencuri tumpuan.

Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.

Kerajaan dalam usaha peroleh sistem UASTM - Loke
Kerajaan dalam proses untuk memperoleh Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UASTM), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

LIMA '23 buka peluang IPT tempatan teroka bidang baharu TVET
Penganjuran LIMA '23 selama lima hari bermula semalam membuka peluang kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan meneroka bidang baharu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

PM Anwar melawat LIMA '23 di MIEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

LIMA 2023 jangka capai janji niaga RM18 bilion - Mohamad
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang akan berlangsung esok hingga 27 Mei ini dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion.

40 pegawai KPDN dihantar, pantau harga barang di LIMA 2023 - Salahuddin
KPDN akan menghantar kira-kira 40 pegawainya ke LIMA 2023 bagi memastikan isu kenaikan harga tidak berlaku.

Guna pengangkutan awam sebagai alternatif untuk ke LIMA'23
Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.