awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LKAN: LTAT perjelas isu rizab negatif

Sinar Harian
Sinar Harian
08/03/2024
11:15 MYT
LKAN: LTAT perjelas isu rizab negatif
Pada Rabu, LKAN mendedahkan LTAT menghadapi rizab negatif berjumlah RM0.388 bilion pada tahun 2022. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Rizab negatif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) hanya mewakili satu daripada tiga komponen, iaitu Rizab Pendapatan Komprehensif Lain (OCI).
Dalam satu kenyataan, LTAT berkata, dua lagi komponen adalah keuntungan tertahan dan dana rizab yang mencerminkan kestabilan kewangan LTAT jika digabungkan.
Menurut LTAT, dana rizab terus kekal tidak berubah dan ditetapkan pada kadar dua peratus daripada baki akaun pencarum seterusnya menyediakan asas kepada kestabilan kewangan.
''Rizab OCI pula terdiri daripada keuntungan/kerugian terkumpul aset yang belum direalisasikan yang dilabelkan mengikut piawaian perakaunan sebagai FVTOCI (Nilai Saksama Pendapatan Komprehensif Lain), mencerminkan turun naik dalam pasaran dan prestasi aset.
''Sehubungan dengan itu, walaupun Rizab OCI menunjukkan nilai defisit, baki bersih Rizab Gabungan pada akhir Tahun Kewangan 2022 adalah positif berjumlah RM160 juta, peningkatan daripada tahun sebelumnya,'' katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Rizab LTAT negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak kemungkinan panggil Menteri Pertahanan
Pada Rabu, LKAN mendedahkan LTAT menghadapi rizab negatif berjumlah RM0.388 bilion pada tahun 2022.
Menerusi laporan berkenaan, LTAT tidak membuat penjejasan nilai terhadap pelaburan dalam syarikat subsidiari berjumlah RM0.812 bilion, iaitu Boustead Holdings Berhad berjumlah RM0.768 bilion dan Pharmaniaga Berhad berjumlah RM0.044 bilion.
Perkara tersebut menyebabkan untung bersih dan pelaburan dalam syarikat subsidiari terlebih nyata berjumlah RM0.812 bilion.
Laporan itu juga menyebut, LTAT telah merekodkan keuntungan bukan tunai sebanyak RM0.189 bilion yang telah digunakan sebagai asas untuk pembayaran dividen tahun 2022 kepada pencarum.
Dalam pada itu, LTAT menambah, rizab gabungan pasca-dividen yang belum diaudit bagi tahun kewangan 2023 akan menunjukkan peningkatan, seterusnya mencerminkan komitmen LTAT terhadap perjalanan transformasi ke arah pengukuhan kedudukan kewangannya.
''Kedudukan rizab bersih yang positif ini membawa kepada nisbah solvensi buku melebihi 100 peratus, mengesahkan bahawa aset bersih pada nilai buku melebihi jumlah caruman pencarum.
''Ini menandakan keupayaan LTAT untuk memberi dividen kepada semua pencarum,'' katanya.
LTAT turut menjelaskan berkenaan isu keuntungan bukan tunai yang menyumbang kepada pendapatan bagi tahun kewangan 2022, jika komponen untung bukan tunai ini diasingkan.
''LTAT masih dapat mengekalkan kadar solvensi tidak kurang daripada tahap ambang minima (threshold) seperti mana yang telah ditetapkan dalam polisi dividen.
''Sebagai sebuah dana persaraan, dividen yang diisytiharkan tidak melibatkan pengeluaran tunai secara terus dan hanya akan dikreditkan ke dalam akaun caruman ahli.
''Oleh itu, kedudukan kecairan LTAT kekal stabil, memastikan kami dapat memenuhi semua komitmen apabila diperlukan,'' katanya.
Topic Berkaitan
#Laporan Ketua Audit Negara
#LTAT
#rizab negatif
#penjelasan LTAT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan