awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LKE Musang Queen, program legasi perkongsian durian patuh syariah pertama di Malaysia

Bernama
Bernama
17/05/2022
01:30 MYT
LKE Musang Queen, program legasi perkongsian durian patuh syariah pertama di Malaysia
Jeremy Chin berkata, LKE Musang Queen adalah program perkongsian durian legasi patuh syariah pertama di Malaysia, sekali gus memberi kelebihan kepada rakan kongsi mereka. - Foto LKE Group Sdn Bhd
KUALA LUMPUR: LKE Group Sdn Bhd (LKE) memperkenalkan LKE Musang Queen, program Legasi Perkongsian Durian Patuh Syariah yang pertama di Malaysia yang dinamakan sebagai 'Phase 5: NanasX'.
LKE Musang Queen menyediakan platform bagi rakan kongsi mengakses pasaran durian melalui tanah pegangan bebas seluas 200 ekar yang meliputi 20 fasa di Manchis, Bentong, Pahang dan kini di fasa lima bagi penghasilan durian Blackthorn dan Musang King membabitkan kawasan seluas lima ekar.
Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn Bhd Jeremy Chin mengumumkan komitmen syarikatnya untuk mempamerkan kebolehpercayaan dengan mematuhi undang-undang syariah.
"Di LKE, kami telah mengambil pelbagai langkah untuk membina kredibiliti dan ketelusan di dalam operasi antaranya pematuhan syariah. Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa LKE Musang Queen adalah program perkongsian durian legasi patuh syariah pertama di Malaysia, sekali gus memberi kelebihan kepada para rakan kongsi kami.
"Projek ini mempunyai 20 fasa dengan setiapnya mempunyai saiz yang berlainan dan kepelbagaian durian premium, ia hanya ditawarkan kepada rakan kongsi setelah pokok dalam kawasan terbabit mencapai usia satu tahun atau lebih dan mempunyai infrastruktur yang secukupnya, ini menunjukkan ketelusan dan pada masa yang sama mengurangkan risiko yang diambil para rakan kongsi," katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran Program Legasi Perkongsian Durian Patuh Syariah baru-baru ini.
Majlis itu telah disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Zahimi Hassan.
Dalam pada itu, Chin berkata pihaknya sentiasa mencari cara untuk menambah baik masa depan projek kerana semua projek berkenaan memberi tumpuan terhadap kelestarian dan inovasi
Selain itu katanya satu lagi aspek yang memberi manfaat kepada rakan kongsi projek LKE Musang Queen adalah LKE Legacy Plan.
"Rakan kongsi dibolehkan untuk mewaris pegangan mereka kepada ahli keluarga yang lain untuk meraih pulangan yang lumayan pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Zahimi berkata beliau amat tertarik dengan inisiatif syarikat dengan memperkenalkan Program Legasi Perkongsian Ladang Durian Patuh Syariah bagi para pelabur yang berminat untuk menyertai landskap pelaburan agromakanan yang bernilai tinggi ini.
"Konsep pematuhan syariah ini amat penting kerana dapat melindungi para pelabur dan memastikan pelaburan yang dibuat mematuhi prinsip syariah Islam.
"Saya juga berbesar hati atas komitmen pihak LKE yang telah berjaya mendapatkan pensijilan myGAP untuk ladang durian dan tanaman hidroponik yang diusahakan oleh pihak syarikat. Semoga pensijilan myGAP oleh pihak syarikat dan usahawan lain dapat ditingkatkan melalui bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Bentong, Pahang," katanya.
Katanya pendekatan yang dilaksanakan LKE bertepatan dengan sinergi pintar bagi memacu pembangunan ekosistem pertanian lestari melalui kerjasama erat antara jabatan, institusi pengajian tinggi dan pihak swasta yang dapat memaksimumkan nilai kemampanan ekonomi sektor agromakanan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Musang Queen
#durian patuh syariah
#LKE Group
#pelaburan agromakanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan