awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LPPSA terbit siri kedua sukuk RM3.25 bilion

Bernama
Bernama
20/04/2017
04:22 MYT
LPPSA terbit siri kedua sukuk RM3.25 bilion
LPPSA ialah badan berkanun di bawah sektor awam Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan 2015. - Gambar hiasan
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) hari ini berjaya menerbitkan siri kedua sukuk berjumlah RM3.25 bilion, bagi membiayai pinjaman perumahan sektor awam.
LPPSA ialah badan berkanun di bawah sektor awam Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan 2015.
Dalam satu kenyataan hari ini, LPPSA berkata Nota Tempoh Sederhana Islam (IMTN) RM3.25 bilion merupakan sebahagian daripada Program Nota Jangka Sederhana Islam/Kertas Komersial Islam (ICP/IMTN) RM25 bilion LPPSA , yang dijamin kerajaan.
"Sukuk itu yang ditawarkan menerusi proses penentuan penetapan harga, diterbitkan dalam lima hingga 30 tahun ditetapkan pada harga 4.17 peratus kepada 5.225 peratus setahun sepanjang tempoh," katanya.
Ia berkata Affin Hwang Investment Bank Bhd, AmInvestment Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Investment Bank Bhd, Maybank Investment Bank Bhd, OCBC Bank (M) Bhd dan RHB Investment Bank Bhd merupakan pengurus utama bersama dan penerima tempahan dalam proses terbitan tersebut.
CIMB Investment Bank Bhd ialah ejen kemudahan dan RHB Islamic Bank Bhd pula merupakan penasihat Syariah bagi Program Pembiayaan itu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LPPSA
#pembiayaan
#sektor awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan