BISNES
Lufthansa tamatkan 4,000 pekerjaan menjelang 2030

Syarikat itu menjangkakan keuntungan EBIT terlaras tahun ini melepasi EUR1.6 bilion, dan merancang menyatukan pelbagai syarikat penerbangannya di bawah kawalan pusat yang lebih ketat. - Gambar/ Reuters
MUNICH: Lufthansa mengesahkan akan menamatkan 4,000 jawatan pentadbiran menjelang 2030 sebagai sebahagian usaha pendigitalan, mengautomatikkan dan menyatukan proses operasi, menurut kenyataan kumpulan penerbangan itu pada Isnin sempena Hari Pasaran Modal syarikat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Lufthansa akan menamatkan 4,000 jawatan pentadbiran menjelang 2030 sebagai sebahagian usaha pendigitalan dan penyatuan operasi, serta menaikkan sasaran keuntungan operasi kepada 810 peratus daripada hasil.
- Syarikat itu menjangkakan keuntungan EBIT terlaras tahun ini melepasi EUR1.6 bilion, dan merancang menyatukan pelbagai syarikat penerbangannya di bawah kawalan pusat yang lebih ketat.
- Pengumuman ini mengesahkan laporan tidak rasmi sebelum ini dan dibuat sempena Hari Pasaran Modal syarikat.
Kumpulan Lufthansa sebelum ini mempunyai kira-kira 103,000 pekerja.
Syarikat itu kini menyasarkan keuntungan operasi atau pendapatan terlaras sebelum faedah dan cukai (EBIT) antara lapan hingga 10 peratus daripada hasil, berbanding sasaran sebelumnya sebanyak lapan peratus.
Bagi tahun ini, pihak pengurusan menjangkakan EBIT terlaras bakal melepasi EUR1.6 bilion (US$1.9 bilion) yang dicatatkan tahun lalu.
Bagi meningkatkan keuntungan, Lufthansa turut merancang menyatukan pelbagai syarikat penerbangannya di bawah kawalan pusat yang lebih ketat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami