awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti teras BN diharap terus diperkukuh - Ahmad Zahid
Kerajaan terus komited perkasa pembangunan infrastruktur luar bandar
Masters Indonesia: Lawan tarik diri, Pearly Tan-M Thinaah dinobat juara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand perketat saringan di lapangan terbang susulan penularan wabak Nipah di India

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2026
06:20 MYT
Thailand perketat saringan di lapangan terbang susulan penularan wabak Nipah di India
Penumpang yang mengalami demam atau gejala selari dengan jangkitan Nipah akan dihantar terus ke fasiliti kuarantin yang ditetapkan. -Gambar X @prdthailand
BANGKOK: Thailand meningkatkan langkah kawalan penyakit di tiga lapangan terbang utama susulan pengesahan wabak virus Nipah di West Bengal, India.
Langkah itu meliputi saringan suhu badan dan penilaian kesihatan terhadap penumpang yang tiba dari wilayah tersebut.
Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) memaklumkan bahawa saringan dipertingkat telah bermula di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Don Mueang dan Phuket, termasuk pemeriksaan kamera termal serta penilaian segera terhadap individu yang menunjukkan gejala.
Penumpang yang mengalami demam atau gejala selari dengan jangkitan Nipah akan dihantar terus ke fasiliti kuarantin yang ditetapkan.
Ketibaan dari West Bengal turut diberikan Health Beware Card, yang mengandungi penerangan tentang simptom serta langkah yang perlu diambil jika jatuh sakit dalam tempoh 21 hari.
Gejala termasuk demam, sakit kepala teruk, sakit otot, sakit tekak, batuk, sukar bernafas, mengantuk, kekeliruan dan sawan.
Penumpang bergejala diminta mendapatkan rawatan segera serta memaklumkan sejarah perjalanan kepada pengamal perubatan.
DDC pada masa sama turut mengeluarkan nasihat perjalanan kepada warga Thailand yang merancang melancong ke India.
Mereka dinasihatkan mengelakkan kawasan wabak, mengikuti perkembangan kesihatan rasmi, tidak menyentuh haiwan berisiko serta memastikan buah-buahan dibasuh bersih sebelum dimakan.
Individu yang pulang dari India dan mengalami gejala seperti demam, sakit kepala, keletihan, batuk atau simptom neurologi diminta mendapatkan rawatan segera serta memaklumkan sejarah perjalanan.
Pihak berkuasa India mengesahkan lima kes Nipah setakat 23 Januari 2026, dengan hampir 100 kontak rapat diarahkan menjalani kuarantin di rumah.
Kes melibatkan beberapa petugas kesihatan termasuk jururawat dan seorang doktor, yang kini menerima rawatan rapi.
India turut memperhebat kawalan dan pemantauan bagi mengekang penularan.
Virus Nipah merupakan penyakit zoonotik yang boleh menyebabkan radang otak (ensefalitis) serta jangkitan pernafasan akut.
Tiada vaksin atau rawatan khusus tersedia, dan kadar kematian boleh mencecah sehingga 75 peratus, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Topic Berkaitan
#Thailand
#India
#wabak Nipah
#pemeriksaan kamera termal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan