awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus

Bernama
Bernama
11/11/2022
09:34 MYT
MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus
Buat masa ini pasaran kelapa hanya tertumpu kepada pasaran tempatan dengan 70 peratus adalah untuk menghasilkan produk berasaskan kelapa. - Gambar fail/Bernama
PAGOH: Kementerian Pertanian dan Indusri Makanan (MAFI) menyasarkan produktiviti dan pengeluaran kelapa untuk pasaran tempatan meningkat sebanyak 50 peratus pada tahun depan, berbanding 2020.
Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Zahimi Hassan berkata pada 2020 hasil pengeluaran kelapa bagi Semenanjung Malaysia berjumlah 451,693.1 tan metrik, manakala jumlah pengeluaran bagi Sabah, Sarawak dan Labuan sebanyak 109,291.3 tan metrik.
"Tiga negeri yang mempunyai keluasan tanaman kelapa tertinggi di negara ini adalah Sabah, Sarawak dan Johor, namun Johor merupakan negeri yang mempunyai hasil pengeluaran tertinggi sebanyak 106,723.2 tan metrik.
"Sasaran peningkatan jumlah pengeluaran kelapa itu selaras dengan pertambahan produk-produk yang berasaskan kelapa," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Zahimi berkata buat masa ini pasaran kelapa hanya tertumpu kepada pasaran tempatan dengan 70 peratus adalah untuk menghasilkan produk berasaskan kelapa, namun terdapat perancangan untuk memasarkan produk tempatan ke pasaran luar.
Mengulas mengenai program itu, Zahimi menyatakan ia penganjuran kali ke-50 membabitkan delegasi negara-negara penanam pokok kelapa.
Katanya, seramai 300 peserta dari negara Samoa, Mexico, Brazil, Afrika Selatan, Indonesia dan Thailand diberi penerangan mengenai kaedah penanaman kelapa dan produk yang dihasilkan daripada kelapa di negara ini.
"Para delegasi ini akan melihat sendiri kaedah tanaman kelapa, pembenihan anak kelapa, pameran produk kelapa dan internet pelbagai benda (IoT) atau lebih dikenali sebagai pertanian pintar bagi pokok kelapa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertanian
#kelapa
#MAFI
#produk kelapa
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan