PETALING JAYA: Malaysia Aviation Group (MAG) kini berada di landasan tepat untuk mencatat semula keuntungan pada tahun depan dan mencecah paras jualan tiket sebelum pra-pandemik seawal 2024.
Ketua Pegawai Kelestariannya Philip See berkata jangkaan tersebut berdasarkan prestasi suku pertama berbanding rancangan belanjawan kumpulan tersebut.
Jualan tiket prapandemik kumpulan itu berjumlah sehingga RM10 bilion yang mana 3 hingga 4 daripadanya adalah hasil sampingan, katanya.
Menurutnya, ketika pelaksanaan langkah penstrukturan semula kumpulan, usaha penyusunan semula lembaran imbangan yang substantif telah dijalankan bagi menjadikannya lebih kompetitif dan berdaya tahan dengan menambah aspek kepelbagaian terhadap struktur terasnya.
"Teras keuntungan itu adalah untuk mempelbagaikan perniagaan, sama seperti perniagaan kargo kami yang mencatat prestasi agak memberangsangkan ketika tempoh pandemik. Kami berharap momentum itu akan berterusan dan seiring dengan pemulihan perjalanan udara," katanya kepada pemberita majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara MAG dan Sunway Group di sini, pada Rabu.
MoU itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG Kapten Izham Ismail dan Pengarah Eksekutif Sunway Group Sarena Cheah.
Majlis itu turut disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan MAG merangkap Pengerusi Malaysia Airlines Bhd Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pengasas dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Jeffrey Cheah serta Timbalan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Razman M Hashim.
Mengulas selanjutnya, See berkata kumpulan penerbangan itu turut menggunapakai strategi seperti mengubah model perniagaan, memperluas aspek sampingan serta pengalaman pengembaraan baharu menerusi aplikasi Journify.
Beliau berkata, sasaran pengembangan perniagaan MAG adalah untuk memperluas pendapatan sampingan yang dijangka kumpulan itu akan berlipat ganda menjelang 2025 daripada paras pra-pandemik dan melangkaui jualan tiket penerbangan seperti pakej pengembaraan, peruntukan tempat duduk, sajian makanan dan lain-lain.
"Aspek pendapatan sampingan itu merupakan margin tulen untuk kumpulan. Kos struktur kami 70-80 peratus adalah tetap. Perniagaan penerbangan adalah margin yang rendah. Oleh itu, adalah penting bagi kami untuk memacu kesemua pengalaman pengembaraan yang berbeza dan atas dasar inilah Sunway sememangnya satu kerjasama penting untuk kami," katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan bersama, MAG and Sunway Group berkata MoU bagi tempoh dua tahun itu bertujuan untuk saling memanfaatkan kekuatan dan kedudukan masing-masing sebagai pemangkin bagi memulihkan semula ekonomi negara dalam pelbagai industri termasuk penerbangan, hartanah, pendidikan, pelancongan perubatan dan hospitaliti.
Kerjasama itu akan membolehkan MAG selaku sebuah organisasi penerbangan global dan Sunway yang juga antara konglomerat utama Asia Tenggara, meninjau inisiatif kerjasama lebih luas termasuk peluang perniagaan baharu, kempen pemasaran bersama selain aktiviti penjenamaan dan promosi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-Belah dan Taman Tema Sunway HC Chan berkata kerjasama tersebut akan melonjakkan pemulihan ekonomi dan pertumbuhan Malaysia yang terjejas akibat pandemik.
Di bawah MoU itu, Malaysia Airlines akan dilantik sebagai penerbangan pilihan Sunway, sekali gus memaparkan keyakinan syarikat itu terhadap perkhidmatan premium dan boleh dipercayai yang merentasi rangkaian syarikat penerbangan itu di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pada masa sama, katanya, Sunway juga dapat meninjau peluang baharu menerusi cabang pengendali pelancongannya, MHholidays, program pengembaraan digital penuntut MHexplorer serta program ganjaran bersama menerusi program kesetiaan syarikat penerbangan itu, Enrich.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022

Jualan tiket pra-pandemik kumpulan itu berjumlah sehingga RM10 bilion yang mana 3-4 daripadanya adalah hasil sampingan. - Foto fail/BERNAMA

Kemarau | Sungai kedua terpanjang Eropah kekeringan
Kemarau berpanjangan yang melanda tenggara Eropah mengakibatkan ribuan hektar tanaman musnah serta aktiviti perkapalan terjejas di sungai kedua terpanjang di Eropah, Danube. Empangan yang terletak di utara Serbia juga dilaporkan hampir kering akibat suhu tinggi pada musim panas ini.

Krisis China-Taiwan | China tidak tolak kemungkinan guna kekerasan jika perlu
China dilaporkan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti atau cubaan untuk memisahkan Taiwan dan akan menggunakan kekerasan jika perlu. Ia selepas republik itu mengeluarkan kertas putih baharu dan menarik balik janjinya tidak menghantar tentera atau kakitangan pentadbir ke Taiwan.

Letupan di Crimea | Seorang maut, 14 lagi cedera - Gabenor
Seorang dilaporkan terkorban manakala 14 lain cedera dalam kejadian letupan dahsyat yang menggegarkan pangkalan udara di Crimea, pada Selasa. Gabenor Crimea yang dilantik Rusia, Sergei Aksyonov pada Rabu memaklumkan, kerja-kerja pemeriksaan sedang dilakukan pihak penyiasat dan kawasan itu akan kekal ditutup sehingga siasatan selesai.

Siasatan | Donald Trump akan disoal siasat peguam New York
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal disoal siasat oleh Peguam Negara New York pada Rabu. Ia beberapa hari selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu rumahnya di Mar-a-Lago pada Isnin dan memecah masuk peti besinya.

Olahraga | Muhammad Azeem timbang semula lanjut pengajian di Houston
Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Houston, Amerika Syarikat. Keputusan dibuat selepas beliau turut menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada beberapa universiti lain di negara itu dan akan membincangkan mengenai hala tuju terbaharunya bersama ibu dan bapanya selain jurulatih Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.

Zon ASEAN | KL City FC mara ke final Piala AFC 2022
Penentuan sepakan penalti membawa tuah kepada Kuala Lumpur City FC selepas mara ke final Zon ASEAN Piala AFC 2022 dengan menundukkan kelab Vietnam, Viettel FC, apabila perlawanan menyaksikan seri tanpa jaringan dalam 120 minit permainan.

Jenayah Siber | Pengguna perlu ada sikap semak silang
Pengguna seharusnya juga mempunyai sikap semak silang sekiranya menerima panggilan atau dihubungi pihak yang mendakwa mewakili agensi tertentu, kata Pakar Keselamatan Rangkaian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zuriati Ahmad Zukarnain.

Mahkamah | Shahrir bayar RM549,090 untuk baik pulih projek Puri Langkasuka
Seorang peniaga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menerima bayaran RM549,090 daripada Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai selama lapan tahun.

Mahkamah | Pasukan peguam Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan
Pasukan peguam yang baru dilantik mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, pada Rabu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu minggu depan.

Bot Karam | Tiga nelayan hilang sejak Isnin ditemukan meninggal dunia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang pada Isnin lalu ditemukan meninggal dunia. Kesemua mangsa dikenali Saludin Ismail, 50 tahun; Mohd Nazri Abu Bakar, 48 tahun dan Zulkifli Umar,47 tahun.

MAG, PDB orak langkah bersejarah, kendali pesawat penumpang guna bahan api SAF
MAG selangkah lebih hampir kepada aspirasi sifar pelepasan karbon, susulan penerbangan pertama pesawat penumpangnya menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Pelan penyusunan semula bantu Malaysia Aviation Group catat prestasi positif bagi 2021
Syarikat induk kepada Malaysia Airlines Bhd itu menyifatkan prestasi tersebut disumbangkan oleh strategi mampan yang digariskan dalam Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 (LTBP2.0).

MAG di landasan tepat untuk kembali raih untung pada 2023
Malaysia Aviation Group (MAG) kini berada di landasan tepat untuk mencatat semula keuntungan pada tahun depan dan mencecah paras jualan tiket sebelum pra-pandemik seawal 2024.

MAG sasar kapasiti pesawat meningkat 15 peratus bulan ini
MAG menyasarkan kapasiti terbabit mencecah paras 70 peratus berbanding tahap kapasiti pra-COVID-19.

STB dan Malaysia Aviation Group jalin kerjasama dalam Sia Sitok Sarawak Plus
Pemeteraian MoU antara kedua pihak dapat melonjakkan kembali industri pelancongan di Bumi Kenyalang khasnya sebagai destinasi pilihan.

COVID-19: United Sikhs Malaysia, MAG, MASkargo hulur 50 alat bantuan pernafasan buat Indonesia
Misi kemanusiaan itu adalah sebahagian usaha membantu rakyat republik berkenaan memerangi COVID-19 yang semakin memburuk.

MAG sahkan keluar notis tender jual pesawat A380
MAG mengulas laporan mengenai anak syarikat milik penuhnya, MAB Pesawat Sdn Bhd menjalankan tender terbuka untuk penjualan enam pesawat A380-800 dan/atau komponennya.

Khazanah suntik RM3.6b kepada Malaysia Airlines untuk penstrukturan semula
Ia selepas Mahkamah Tinggi UK memberi lampu hijau membenarkan penstrukturan semula syarikat itu yang mempunyai liabiliti lebih RM15 bilion.

Keputusan penstrukturan Malaysia Airlines 10 Februari
Malaysia Airlines memerlukan kelulusan pemberi pinjaman untuk meneruskan penstrukturan tersebut yang mana pemajak pesawat merangkumi 75 peratus hutang syarikat.

MAG terima kelulusan penting dalam usaha pelan penstrukturan semula
Pelan ini adalah merupakan strategi jangka panjang bagi memastikan syarikat ini terus bertahan dalam tempoh COVID-19 melanda dunia.