awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB rekod lebih 11 juta penumpang pada Mei 2024

Bernama
Bernama
25/06/2024
11:20 MYT
MAHB rekod lebih 11 juta penumpang pada Mei 2024
Lapangan terbang tempatan MAHB mencatatkan sejumlah 7.7 juta pergerakan penumpang, mengekalkan prestasi kukuhnya dengan peningkatan satu peratus daripada 7.6 juta penumpang pada bulan sebelumnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan 11.2 juta penumpang pada Mei 2024 di 39 lapangan terbang di Malaysia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (SAW) di Turkiye, peningkatan 5.1 peratus berbanding Mei 2019.
Trajektori pertumbuhan ini mencerminkan kenaikan dua peratus daripada 11 juta penumpang yang direkodkan pada bulan sebelumnya, yang mana merupakan pencapaian terbaharu bagi kumpulan dan melepasi paras tertinggi dicapai pada Februari 2024.
"Ini merupakan pencapaian bagi tempoh lima bulan berturut-turut dengan penumpang melebihi 10 juta orang," kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini.
Lapangan terbang tempatan MAHB mencatatkan sejumlah 7.7 juta pergerakan penumpang, mengekalkan prestasi kukuhnya dengan peningkatan satu peratus daripada 7.6 juta penumpang pada bulan sebelumnya.
"Lapangan terbang Malaysia menerima empat juta penumpang antarabangsa pada Mei 2024, kenaikan dua peratus daripada 3.9 juta penumpang pada bulan sebelumnya," katanya.
Sementara itu, trafik domestik di lapangan terbang tempatan kekal stabil dengan 3.7 juta penumpang direkodkan pada bulan lepas.
"Perjalanan domestik yang konsisten ini mencerminkan permintaan pesat disokong oleh sambungan penerbangan yang kukuh dan penambahbaikan berterusan perkhidmatan lapangan terbang," kata MAHB.
Sementara itu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul, MAHB merekodkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 3.5 juta pada Mei 2024, peningkatan tiga peratus daripada bulan sebelumnya.
"Pergerakan kedua-dua penumpang antarabangsa dan domestik menyumbang kepada pertumbuhan ini dengan 1.8 juta penumpang antarabangsa dan 1.7 juta penumpang domestik direkodkan pada Mei 2024.
"Pegasus Airlines memainkan peranan penting menyumbang kepada peningkatan ini dengan pengenalan empat laluan antarabangsa baharu: Chisinau dan Aktau dengan penerbangan dua kali seminggu, dan Bratislava dan Sofia dengan penerbangan tiga kali seminggu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHB
#prestasi perniagaan
#jumlah penumpang
#Istanbul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan