Skip to main content

Hiburan

KUDRAT 1968: High Council raih RM12 juta dalam tempoh 4 hari dan tayangan awal!

KUDRAT 1968 mengungguli carta GSC Top 10 sebagai Filem No. 1, membuktikan kekuatan francais High Council di kalangan penonton tempatan. - Foto Astro Shaw
KUDRAT 1968 mengungguli carta GSC Top 10 sebagai Filem No. 1, membuktikan kekuatan francais High Council di kalangan penonton tempatan. - Foto Astro Shaw

Ringkasan AI

  • Filem KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL mencatat kutipan RM12 juta dalam tayangan awal dan empat hari tayangan rasmi sejak 29 Oktober lalu.
  • KUDRAT 1968 mengungguli carta GSC Top 10 sebagai Filem No. 1, membuktikan kekuatan francais High Council di kalangan penonton tempatan.
  • Acara Mega Fans Screening di GSC IOI City Mall berlangsung meriah selama 12 jam dengan kehadiran barisan pelakon dan peminat setia.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Fenomena KUDRAT terus mencetuskan gelombang luar biasa apabila filem KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL berjaya mencatat kutipan sebanyak RM12 juta, merangkumi tayangan awal dan empat hari tayangan rasmi sejak mula menemui penonton pada 29 Oktober lalu.

Pencapaian memberangsangkan ini sekali gus menyaksikan KUDRAT 1968 mengungguli carta GSC Top 10 sebagai Filem No. 1 ketika ini, membuktikan kekuatan francais High Council yang terus mendapat sambutan hebat dalam kalangan penonton tempatan.

Kejayaan ini bukan sahaja diterjemahkan menerusi kutipan box office, malah turut diserikan dengan sokongan luar biasa peminat yang terus menghidupkan fenomena KUDRAT di luar layar perak.

Advertisement

Antara yang mencuri tumpuan ialah penganjuran Mega Fans Screening KUDRAT 1968 pada 31 Oktober lalu di GSC IOI City Mall, Putrajaya, yang berlangsung selama 12 jam, bermula jam 3 petang sehingga 3 pagi.

Acara istimewa tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran peminat yang tidak melepaskan peluang untuk meraikan filem kegemaran mereka bersama kemunculan barisan pelakon seperti Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Evertts Gomes, Akmal Asyraf, Chech Harith, Zamarul Hisham, Yasmin Hani, Dato Eizlan Yusof, Aleza Shadan, Rusdi Ramli, Umar Shakur, Jebat Zulfar, Muzayyin, Mokhtar Mohsin, Fareez Nawawi, Danish Zamri, Amzar Airil, Merah, Nix Wong serta Pengarah, Zulaikha Zakaria.

Advertisement

Barisan pelakon KUDRAT 1968 tampil menjayakan sesi lawatan pawagam (cinema visit) dari satu dewan ke dewan yang lain sebanyak 33 dewan sehingga jam 3 pagi, sekali gus memberikan pengalaman lebih dekat dan bermakna kepada peminat yang hadir.

Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Sokongan padu daripada peminat sememangnya sangat luar biasa. KUDRAT 1968: High Council berjaya mencatat kutipan RM12 juta menerusi tayangan awal dan empat hari tayangan rasmi, satu pencapaian membanggakan yang mencerminkan sokongan hebat daripada para peminat.

“Namun, kejayaan ini bukanlah sesuatu yang terhasil dalam sekelip mata. Semuanya bermula sejak Projek: High Council, apabila penonton mula membina hubungan yang kuat dengan cerita dan watak-wataknya. Sejak itu, peminat terus setia mengikuti perjalanan francais ini menerusi siri dan filem, berkongsi teori serta mengajak lebih ramai untuk turut sama menghayati dunia High Council.

Pencapaian ini juga merupakan hasil dedikasi pasukan kreatif yang diterajui Zulaikha Zakaria bersama barisan pelakon, serta pasukan pemasaran yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam menghidupkan naskhah ini: "Kami amat menghargai setiap individu yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.”

Menerusi pendekatan penceritaan inovatif ‘One Story, Two Formats’, KUDRAT 1968 menggabungkan empat episod siri premium dengan sebuah filem layar lebar yang membawa penonton menyelami konflik, hubungan dan perebutan kuasa dalam dunia High Council. 

Diarahkan oleh Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff, filem ini turut memperkukuh perkembangan naratif dalam Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU).

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri fenomena KUDRAT di layar lebar!
 

Must Watch Video

Advertisement