awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Australia denda Google AS$42.7 juta kerana penipuan data peribadi

Bernama
Bernama
12/08/2022
10:44 MYT
Mahkamah Australia denda Google AS$42.7 juta kerana penipuan data peribadi
Google telah melanggar Undang-undang Pengguna Australia dengan memberi jaminan kepada sesetengah pengguna Android bahawa tetapan "Sejarah Lokasi" merupakan satu-satunya tetapan yang mengumpul dan menggunakan data peribadi berkaitan.- REUTERS
MOSCOW: Mahkamah Persekutuan Australia telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak AU$60 juta (AS$42.7 juta) terhadap Google kerana membuat representasi mengelirukan berhubung penggunaan dan pengumpulan data peribadi pengguna, lapor Sputnik, memetik Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) pada Jumaat.
"Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan Google LLC membayar penalti sebanyak AU$60 juta kerana membuat representasi mengelirukan kepada pengguna tentang pengumpulan dan penggunaan data peribadi mereka pada telefon Android antara Januari 2017 dan Disember 2018," menurut ACCC dalam satu kenyataan.
Google dilaporkan telah melanggar Undang-undang Pengguna Australia dengan memberi jaminan kepada sesetengah pengguna Android bahawa tetapan "Sejarah Lokasi" merupakan satu-satunya tetapan yang mengumpul dan menggunakan data peribadi berkaitan, sedangkan tetapan lain seperti "Aktiviti Web dan Apl" turut berfungsi mengumpul maklumat yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Google
#mahkamah Australia
#data peribadi
#didenda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan