KUALA LUMPUR :Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines harus dibubarkan kerana sudah tidak boleh diselamatkan lagi, kata Penganalisis Penerbangan Endau Analytics, Shukor Yusof.
"Malaysia Airlines sudah lama berdepan masalah dan sukar dibaiki. Dengan penularan COVID-19, kewangan syarikat itu semakin sukar diatasi.
"Semenjak tragedi MH370 dan MH17, Malaysia Airlines mengalami kesukaran untuk memperbaiki jenama mereka. Prestasi syarikat semakin merosot dan Malaysia Airlines sememangnya mempunyai isu legasi sejak bertahun lamanya.
"Kita harus akur Malaysia Airlines mempunyai masalah besar dan pada pendapat saya kita bubarkan Malaysia Airlines," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Tambahnya, semua syarikat penerbangan dunia sudah mencuba sedaya upaya untuk kekal beroperasi namun sukar mengatasi kesan COVID-19.
"Menurut pakar perubatan, vaksin mungkin hanya ditemui dalam tempoh 18 bulan. Ia tempoh yang panjang dan syarikat penerbangan tidak akan mampu bertahan," tambahnya.
Khazanah suntik lagi dana
Pertimbangan mendalam harus dilakukan sekiranya Khazanah Nasional Berhad masih mahu menyuntik dana bantuan kepada Malaysia Airlines, menurut Shukor.
"20 ke 30 tahun dahulu Malaysia Airlines antara (syarikat penerbangan) yang menjadi pilihan di dunia namun situasi kini berbeza.
"Persoalannya, adakah wajar kita terus memberikan sokongan kewangan?
"Kita saksikan sejak 10 tahun lepas segala sokongan yang diberikan termasuk kewangan oleh Khazanah Nasional tidak berhasil," katanya.
Shukor menambah, berdasarkan keadaan semasa Malaysia Airlines, berbilion dolar diperlukan untuk memperbetulkan kembali syarikat berkenaan namun tiada jaminan ia akan berhasil.
"Kita perlukan wang yang amat banyak untuk satu syarikat dan kita belum pasti akan berjaya. Berdasarkan rekod, ia tidak berjaya," tambahnya.
Wujudkan syarikat penerbangan baharu
Shukor berkata, pemansuhan Malaysia Airlines boleh digantikan dengan sebuah syarikat penerbangan baharu yang lebih kecil dengan visi dan budaya tenaga kerja baharu serta kepimpinan syarikat diberikan kebebasan mengemudi mengikut dinamika pasaran sekali gus merancakkan ekonomi negara.
"Kita boleh wujudkan syarikat penerbangan baharu yang lebih kukuh dengan visi, kewangan dan pengurusan yang lebih baik.
"Syarikat ini tidak harus besar. Malaysia Airlines mempunyai sekitar 13,000 tenaga kerja. Ia terlalu besar untuk keadaan sekarang ini dan sekiranya COVID-19 berakhir sekali pun, ia mengambil masa dua hingga tiga tahun sebelum pelancong berani untuk mengembara kembali," katanya.
Shukor berkata, meskipun Malaysia Airlines menjalani penjenamaan semula pada 2014, namun ketika itu ia adalah satu bentuk perpindahan aset dan bukannya mewujudkan syarikat baharu.
"Pada 2014, kita hanya pindahkan aset dan pekerja ke dalam syarikat baharu. Namun keadaan sektor penerbangan amat kompleks dan budaya baharu diperlukan.
"Langkah pemindahan itu tidak berjaya mengatasi masalah Malaysia Airlines kerana landskap penerbangan dunia sekarang sudah berubah," katanya.
Kecilkan saiz tenaga kerja jika mahu kekal relevan?
Shukor berkata, Malaysia Airlines tidak mempunyai pilihan lain selain mengecilkan tenaga kerja jika mahu terus bernaung di bawah bumbung Malaysia Airlines Berhad (MAB).
"Kita tidak boleh lari dari soal pembuangan pekerja. Tiada guna penstrukturan dilakukan tanpa memperkemaskan kembali tenaga kerja.
"Namun semua ini sudah pasti harus dipertimbangkan sedalamnya kerana ia memberikan kesan negatif berganda kepada tenaga kerja terlibat," tambah Shukor.
Malaysia Airlines masih aset strategik?
Shukor berkata penilaian harus dilakukan oleh Khazanah sama ada pemilikan syarikat penerbangan nasional adalah relevan pada masa kini terutama jika dibandingkan dengan jumlah populasi penduduk Malaysia.
"Kita harus tanya kepada diri kita sama ada Malaysia yang mempunyai sekitar 31 juta penduduk, adakah kita memerlukan tiga syarikat penerbangan? Adakah ia sesuai?.
"Ia terlalu banyak dan kapasiti berlebihan. Kita harus lakukan satu kajian dan melihat tahap optimum jumlah penerbangan yang sepatutnya ada di Malaysia serta syarikat mana yang harus dibubarkan.
"Kita tidak boleh emosi serta bernostalgia," tambahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif MAB Group Kapten Izham Ismail pada April lalu dipetik sebagai berkata pendapatan syarikat susut sehingga 94 peratus susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada 2 Oktober lalu, Malaysia Airlines mengesahkan mencapai persetujuan bersama pemberi pinjaman dan syarikat penyewa pesawat serta pembekal utama lain untuk melakukan penstrukturan segera bagi mengatasi bebanan yang ditanggung syarikat itu.
Najib Aroff
Wed Oct 07 2020
Shukor berkata, semua pihak tidak boleh emosi serta bernostalgia mengenai keadaan Malaysia Airlines. -Gambar fail
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar
Penutupan ruang udara dilihat akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran.
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi
MAS dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd).
Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan
Malaysia Airlines dan Google bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan peringkat teratas.
Tourism Malaysia promosi produk 'niche' di OTM 2024
Tourism Malaysia mempromosikan beberapa produk khusus atau "niche" pada pameran pelancongan terbesar India, Outbound Travel Mart (OTM) 2024 yang berlangsung di Mumbai bermula 8 Feb hingga esok.
Malaysia Airlines perkenal MHrail, tawar peluang teroka Seoul, London
Ia turut mengumumkan pengembangan kerjasama dengan AccesRail, pembekal terkemuka dunia bagi rumusan antara kereta api udara.
Malaysia Airlines tambah penerbangan semasa Tahun Baharu Cina
Malaysia Airlines menambah jadual penerbangannya berikutan permintaan perjalanan yang meningkat semasa Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah akan datang bermula Februari hingga Mac 2024.
'Belajar di awan biru', Pusat Pendidikan Berterusan UM perkenal akses dalam kabin Malaysia Airlines
Hasil inisiatif Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, kini orang ramai boleh mengakses pembelajaran di mana sahaja termasuk di dalam pesawat.