KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus melipatgandakan usaha untuk menyediakan iklim ekonomi dan ekosistem perniagaan yang kondusif, menurut Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sebagai contoh, beliau berkata Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai di antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan Citi Group pada September lepas adalah penting untuk menawarkan perkhidmatan perbankan menyeluruh yang lancar kepada pelabur asing baharu dan sedia ada di Malaysia.
Katanya, baru-baru ini Citi Group menegaskan Malaysia kekal sebagai hab utama dan destinasi pilihan bagi pelaburan langsung asing (FDI).
"Sehubungan itu, saya menyatakan bahawa Malaysia akan terus melipatgandakan usaha untuk menyediakan iklim ekonomi dan ekosistem perniagaan yang kondusif," katanya menerusi kenyataan susulan mesyuarat Majlis Perniagaan ASEAN-AS (US-ABC) yang diadakan semalam.
Mohamed Azmin yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan menyifatkan mesyuarat itu berakhir dengan positif mengenai bagaimana kedua-dua negara boleh meningkatkan kerjasama dalam sektor strategik meliputi ekonomi digital, sektor perubatan, dan teknologi hijau untuk memacu kemajuan Malaysia dalam trajektori ini.
Beliau mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin industri sebagai mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak dapat menghadiri program itu berikutan perkara penting lain.
Mohamed Azmin berkata Perdana Menteri telah menekankan mengenai kepentingan perniagaan Amerika Syarikat (AS) dan ahli majlis dalam mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia dan pemulihan yang pantas.
"Dalam hal ini, IBM memuji peranan aktif Malaysia dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital dan menegaskan bahawa banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk memajukan infrastruktur digital menerusi pelaksanaan teknologi 5G.
"Ia turut dinyatakan oleh syarikat multinasional AS Qualcomm berikutan mereka yakin 5G akan menjadi perantara untuk mendorong manfaat sosioekonomi dengan membolehkan lebih banyak perniagaan menegak bermula daripada pengeluaran, sehinggalah penghantaran barang-barang.
"Malah, rakan kongsi kita sejak sekian lama dalam bidang semikonduktor iaitu Intel berpendapat penggunaan teknologi untuk menambah baik kemudahan perdagangan akan berkurangan dan meningkatkan daya tahan bekalan negara," katanya.
Menurutnya, sebagai mengalu-alukan cadangan itu, Malaysia berharap kerjasama yang lebih besar dalam ruang digital yang mana perniagaan AS memacu penciptaan bakat digital yang tangkas dan cekap di negara ini.
Dalam aspek pelancongan, Airbnb menyarankan kerajaan memberikan fleksibiliti lebih luas terhadap penyusunan perjalanan dan beliau menyatakan Malaysia telah mencapai kemajuan mengenainya, terutamanya menerusi inisiatif negara bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL).
Bagaimanapun, beliau menegaskan Malaysia kekal berwaspada dengan semua kemungkinan dan akan terus mengambil pendekatan proaktif untuk meneroka lebih banyak gelembung perjalanan tanpa mengabaikan protokol kesihatan.
"Ia boleh diperluaskan lagi dengan memperhebat peranan teknologi digital dalam sektor perubatan. Sememangnya, terdapat manfaat penting untuk masa depan yang dapat dijangka, terutamanya sekiranya kita mengambil kira skala ekonomi yang boleh diperoleh menerusi pengembangan ke rantau ASEAN," kata Mohamed Azmin.
Selain itu, beliau berkata memandangkan tindakan iklim menjadi tumpuan di peringkat global, peneraju tenaga dunia GE turut memuji komitmen kerajaan untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050, seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Mohamed Azmin berkata Malaysia menyokong pertumbuhan ekosistem mobiliti di Malaysia dengan memanfaatkan teknologi termaju terutamanya dalam bidang kenderaan elektrik (EV), grid pintar dan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) dengan menumpukan kepada tiga bidang kerjasama iaitu infrastruktur, teknologi dan perkhidmatan selepas pasaran.
"Sejak bertahun-tahun, US-ABC telah membantu meningkatkan agenda pengintegrasian serantau sambil menambah baik hubungan di antara AS dengan negara anggota ASEAN lain, termasuk Malaysia.
"Pada masa depan, dengan memanfaatkan sinergi antara kerajaan dan pihak swasta, AS dan Malaysia dijangka membuka laluan ke arah pertumbuhan yang berdaya tahan dan mampan," kata Mohamed Azmin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Mohamed Azmin berkata Malaysia berharap kerjasama yang lebih besar dalam ruang digital yang mana perniagaan AS memacu penciptaan bakat digital yang tangkas dan cekap di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik ekosistem pemula niaga global
Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.