awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia alu-alukan penangguhan sementara tarif lebih tinggi AS - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
10/04/2025
02:15 MYT
Malaysia alu-alukan penangguhan sementara tarif lebih tinggi AS - Tengku Zafrul
Malaysia sentiasa menjadi dan akan terus menjadi rakan perdagangan dan pelaburan yang terbuka kepada semua negara, termasuk China dan Amerika Syarikat, kata Tengku Zafrul. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan langkah Amerika Syarikat (AS) untuk menangguhkan sementara tarif lebih tinggi ke atas banyak rakan dagangannya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau, bagaimanapun, mengakui, ketidaktentuan ini mewujudkan cabaran besar terhadap ekonomi ASEAN.
"Perubahan terkini ini pastinya antara topik perbincangan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN yang akan saya pengerusikan pagi ini," kata Tengku Zafrul menerusi hantaran di platform media sosial beliau hari ini sambil menekankan bahawa tiada yang pasti tentang tarif Presiden Donald Trump selain ketidaktentuan.
Mesyuarat khas itu adalah untuk membincangkan tindak balas yang diselaraskan daripada blok itu terhadap tarif timbal balik yang dikenakan Trump.
"Malaysia sedang giat menilai implikasi daripada perubahan ini dan kekal komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan ASEAN dalam mengurangkan gangguan, memperkukuhkan daya tahan ekonomi serantau, dan memperjuangkan hubungan perdagangan yang seimbang serta stabil," katanya.
Tiada yang pasti tentang tarif Trump, selain ketidakpastian! Amerika Syarikat sekali lagi mengubah dasar tarifnya, menangguhkan kenaikan untuk banyak negara tetapi meningkatkan tekanan ke atas China. Saya mengalu-alukan langkah ini, namun pada masa yang sama kita perlu https://t.co/Qg5ouZ16Eh
— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) April 10, 2025
Beliau menegaskan, perpaduan ASEAN dan integrasi ekonomi serantau akan menjadi lebih penting berbanding sebelum ini dan Malaysia mengalu-alukan sokongan daripada rakan-rakan yang berkongsi visi ini dan mahu melihat rantau itu berjaya.
Menurutnya, Malaysia sentiasa menjadi dan akan terus menjadi rakan perdagangan dan pelaburan yang terbuka kepada semua negara, termasuk China dan AS.
"Kita komited untuk mencari penyelesaian yang saling menguntungkan dalam isu perdagangan dengan AS," katanya.
Tengku Zafrul berkata, Malaysia juga akan meneruskan strategi sedia ada untuk mempelbagaikan perdagangan dan meneroka pasaran baharu, serta memperdalam hubungan dengan pasaran sedia ada.
"Kita juga akan meningkatkan usaha dalam agenda pembaharuan ekonomi negara untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing.
"Keutamaan kita adalah untuk mengharungi landskap yang sentiasa berubah ini sambil melindungi kemakmuran ekonomi negara kita," katanya.
Menurut laporan Anadolu Ajansi (AA), Trump pada Rabu berkata, beliau telah mempertimbangkan penangguhan 90 hari bagi tarif timbal balik yang dikenakan ke atas rakan dagang negara itu "sejak beberapa hari lalu" dengan memetik penglibatan diplomatik dan muhibah sebagai faktor di sebalik langkah tersebut.
Pengumuman itu dibuat pada hari yang sama beliau menaikkan tarif AS ke atas import China kepada 125 peratus.
Negara anggota wilayah Indochina ASEAN paling teruk terjejas akibat tarif AS, dengan Kemboja dikenakan tarif berjumlah 49 peratus, diikuti Laos (48 peratus), Vietnam (46 peratus), dan Myanmar (44 peratus).
Manakala Thailand dikenakan tarif 36 peratus, Indonesia 32 peratus, Brunei dan Malaysia kedua-duanya 24 peratus, Filipina 17 peratus dan Singapura pada tarif asas 10 peratus.
--BERNAMA
TAG: ASEAN, Tengku Zafrul, tarif, penangguhan, Donald Trump, AS
Topic Berkaitan
#tarif Trump
#ASEAN
#penangguhan tarif
#Tengku Zafrul
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan