KUALA LUMPUR: Kepelbagaian ekonomi Malaysia membolehkan negara mendepani risiko daripada pertumbuhan perlahan ekonomi China kerana negara tidak terlalu bergantung kepada hanya satu rakan dagang atau industri tertentu, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
Beliau berkata walaupun China adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia, negara itu hanya menyumbang 13.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.
"Meskipun pembukaan semula China masih terus menyokong ekonomi global, kita menyedari bahawa kadar pemulihannya perlahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
"Bagaimanapun, Malaysia memiliki kepelbagaian ekonomi dari segi produk dan rakan dagang, justeru ia mampu menampung impak daripada pertumbuhan perlahan ekonomi China," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi Suku Kedua 2023, di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
"Sebagai sebuah ekonomi terbuka yang kecil, Malaysia terjejas oleh kelembapan permintaan global. Seperti ekonomi serantau lain, eksport Malaysia juga merosot pada Suku Kedua 2023.
"Ini disebabkan terutamanya oleh pengeluaran lemah barangan perkilangan di tengah-tengah kemerosotan kitaran teknologi global dan harga komoditi yang lebih rendah," kata Abdul Rasheed.
Beliau juga berkata jualan semikonduktor global, yang mencatatkan penurunan, menunjukkan petanda sedang mencecah tahap terendahnya.
Secara keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi global adalah perlahan tahun ini, disebabkan terutamanya oleh peningkatan tekanan kos, kadar faedah tinggi serta kadar barangan yang lebih lemah.
"Pertumbuhan global dijangka berada di bawah purata jangka panjang tetapi kami tidak menjangkakan kemelesetan mutlak," kata Abdul Rasheed.
Bagaimanapun, katanya, pertumbuhan ekonomi Malaysia terus disokong oleh daya tahan permintaan domestik dan keadaan pasaran buruh yang kukuh.
Menurutnya, lebihan akaun semasa, rizab yang mencukupi dan kadar pertukaran akan membantu Malaysia menyerap kejutan luaran.
Beliau berkata pada Separuh Kedua 2023, pertumbuhan KDNK negara perlu berada pada purata 3.7 peratus untuk Malaysia mencapai pertumbuhan 4.0 peratus tahun ini.
"Kita melihat pertumbuhan dijangka berterusan dan didorong oleh pengembangan dalam kapasiti permintaan domestik di tengah-tengah kelemahan permintaan luaran.
"Ini disokong oleh beberapa faktor termasuk keadaan pasaran buruh yang semakin bertambah baik, kemajuan berterusan pelbagai projek pelaburan oleh sektor swasta dan awam serta aktiviti pelancongan yang rancak," katanya.
Mengenai pasaran buruh, BNM menjangkakan guna tenaga meningkat 2.4 peratus tahun ini manakala kadar pengangguran, yang berada pada 3.4 peratus pada Jun, akan terus menurun.
Dari segi penawaran, beliau berkata pertumbuhan akan terus didorong oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan, dan BNM menjangka jumlah perdagangan bertambah baik menjelang akhir 2023 dan berterusan sehingga 2024.
Mengenai perkembangan lain, Abdul Rasheed berkata terdapat konsensus umum pelaksanaan subsidi bersasar daripada subsidi menyeluruh bagi menangani ketirisan dan memastikan subsidi sampai kepada penerima yang sepatutnya.
"Sebarang pelarasan subsidi juga perlu mengambil kira risiko harga tinggi sebagai sebahagian daripada barangan dan perkhidmatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour semasa sidang media bersama BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenai prestasi KDNK suku kedua 2023 Malaysia di Sasana Kijang, hari ini. - Foto BERNAMA
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Pelajar Columbia sifatkan NYPD kejam, ngeri
Polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
AWANI Ringkas: Selesaikan isu bekalan air, susulan cuaca panas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rudingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.