Skip to main content

Dunia

PBB salur dana kecemasan, tambah kakitangan tangani krisis Ebola di DR Congo

kecemasan, congo
Para petugas bantuan bertungkus-lumus menyiapkan pusat rawatan di Rwampara, Congo. - AP

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyalurkan kira-kira AS$60 juta daripada dana kecemasan bagi membantu membendung penularan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DR Congo), selain mengerahkan lebih ramai kakitangan, kata ketua bantuan PBB pada Jumaat.

“Kita perlu bertindak segera untuk membendung penularan wabak Ebola ini,” kata Tom Fletcher menerusi hantaran di platform X. “Ini merupakan persekitaran operasi yang mencabar bagi usaha menyelamatkan nyawa. Kita berdepan konflik dan pergerakan penduduk yang tinggi.”

Pakar percaya strain virus Bundibugyo -- yang belum mempunyai vaksin -- telah menular tanpa dikesan selama kira-kira dua bulan di wilayah Ituri, Congo sebelum dikenal pasti minggu lepas.

Wabak itu setakat ini mengakibatkan 160 kes kematian disyaki daripada 670 kes disyaki.

-- REUTERS

Must Watch Video

Advertisement