KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sekiranya semua dasar Ekonomi Madani yang diumumkan kerajaan semalam dapat dilaksanakan tepat pada masanya, demikian menurut pandangan pakar-pakar ekonomi.
Mereka percaya bahawa Ekonomi Madani adalah satu bentuk pelan hala tuju ekonomi yang akan menjelaskan cabaran utama yang perlu diatasi oleh negara, sasaran yang ingin dicapai dan hasil yang ingin dilihat.
"Ia merangkumi bidang yang luas antara lainnya tadbir urus, pendigitalan, disiplin fiskal, jaminan makanan dan pendapatan progresif," kata ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam melancarkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, kerangka ekonomi yang menggariskan dua fokus utama iaitu menstrukturkan semula ekonomi Malaysia hingga ke tahap menjadi peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Anwar dalam ucapan awalnya berkata Malaysia mampu mencatatkan pertumbuhan 5 peratus tahun ini dan seterusnya tidak mustahil untuk mencapai 6.0 peratus melalui pembaharuan.
Mengulas perkara ini, Mohd Afzanizam berkata ini bermakna negara berpotensi mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sekiranya semua dasar dapat dilaksanakan tepat pada masanya.
"Selain itu, sasaran defisit fiskal sebanyak 3.0 peratus juga dikekalkan dan ia dilihat sebagai sasaran sejagat. Pencapaian sasaran itu agak kritikal kerana ia melibatkan rasionalisasi subsidi dan percukaian perlu dirangka supaya mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai," katanya.
Menurutnya, perkara seterusnya yang perlu dilakukan ialah memastikan maklumat itu sampai kepada seluruh masyarakat diikuti dengan pelaksanaan yang tepat pada masa.
Sementara itu, beliau menegaskan bahawa kemas kini secara berkala mengenai inisiatif itu juga penting kerana pelabur, perniagaan dan masyarakat ingin mengetahui kedudukan negara pada masa ini.
"Ini akan membantu mereka membentuk jangkaan yang munasabah pada hasilnya kelak," katanya.
Ketua ahli ekonomi kumpulan Maybank, Suhaimi Ilias berkata, inti naratif ekonomi MADANI ialah menangani isu struktur yang dihadapi ekonomi Malaysia, termasuk perangkap pendapatan sederhana, penurunan potensi pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan daya saing global dan menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan awam.
"Ekonomi Madani menyasarkan untuk meningkatkan purata pertumbuhan ekonomi tahunan Malaysia kepada 5.5 peratus hingga enam peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding purata 4.7 peratus setahun sejak 1998.
"Inisiatif itu juga bertujuan untuk meningkatkan dan menambah baik kedudukan Malaysia dalam kedudukan global dari segi saiz dan kerumitan ekonomi, daya saing, pembangunan manusia dan indeks persepsi rasuah untuk meningkatkan daya tarikan negara bagi menarik pelaburan.
"Ini penting, terutamanya dalam mengukuhkan industri dan sektor pertumbuhan sedia ada seperti elektronik, serta menggalakkan bidang pertumbuhan baharu dan pemacu ekonomi masa depan seperti tenaga boleh baharu dan ekonomi digital," katanya.
Suhaimi berkata semua ini adalah dengan matlamat utama untuk memastikan rakyat boleh dan akan mendapat manfaat melalui pekerjaan yang berkualiti dengan gaji yang lebih tinggi serta menambah baik sistem keselamatan sosial dan jaringan keselamatan untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup.
Sementara itu, Ahli Majlis Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia Datuk Dr AT Kumararajah semasa program Bernama TV "Apa Khabar Malaysia- Khas" merumuskan bahawa secara keseluruhannya naratif Ekonomi Madani yang di sampaikan Perdana Menteri semalam adalah amat jelas dan tidak mempunyai ketirisan atau kelemahan.
"Bagaimanapun amat penting untuk kita mengamalkan 5P iaitu: Penerimaan, Pemahaman, Perancangan, Pelaksanaan dan juga Penglibatan pemegang taruh bagi merelisasikan naratif tersebut," katanya.
Beliau juga berkata pelan dan program yang dicadangkan semalam sebenarnya telahpun ada dalam rancangan sebelum ini.
"Tetapi sasaran kita telah dinaikan kepada sasaran yang lebih tinggi, dan bagi saya, kita masih mampu mencapai sasaran-sasaran tersebut," katanya.
Ekonomi MADANI menetapkan tujuh penanda aras utama sebagai sasaran jangka masa sederhana yang ingin dicapai.
Pertama, Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia; Kedua: Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia; Ketiga: Peratusan pendapatan buruh mencapai 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan; (sasaran RMKe-12 adalah 40 peratus menjelang 2025).
Sasaran keempat adalah menaikan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh kepada 60 peratus, Kelima: Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia; Keenam: Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia; dan Ketujuh: Kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai tiga peratus atau lebih rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Perdana Menteri pada Khamis melancarkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, kerangka ekonomi yang menggariskan dua fokus utama. --fotoBERNAMA
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.
Ekonomi Madani: Perkasa sektor ekonomi digital, wujud pasaran lebih luas
Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.
KPKT garis langkah jamin kesejahteraan rakyat, peniaga selaras Ekonomi Madani
KPKT menyediakan jaminan kerajaan hingga RM5 bilion menerusi penambahbaikan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga 120 peratus.
Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.
Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani lonjak ekonomi Malaysia, tingkat kualiti hidup rakyat - PM Anwar
Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia.
RM10 juta untuk mudah cara proses pendaftaran taska, galak ibu kembali bekerja - PM Anwar
Usaha tuntas daripada aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan diperlukan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja seterusnya merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.
Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani: Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan - PM Anwar
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan.