awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia
Micron beli kilang pengeluaran cip semikonduktor Powerchip Taiwan bernilai AS$1.8 bilion
JPA laksana kajian impak AI terhadap perjawatan perkhidmatan awam - KPPA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia catat jumlah perdagangan RM3 trilion, tertinggi dalam sejarah - Anwar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/01/2026
04:30 MYT
Malaysia catat jumlah perdagangan RM3 trilion, tertinggi dalam sejarah - Anwar
Anwar berkata, prestasi perdagangan yang memberangsangkan itu selari dengan peningkatan pelaburan yang terus mencatat pertumbuhan kukuh sepanjang tahun lalu. - Gambar/ Japen
KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia pada tahun lalu, mencecah RM3 trilion buat pertama kali dalam sejarah, sekali gus mencatat trend perdagangan positif tertinggi pernah direkodkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • MATRADE akan mengumumkan jumlah perdagangan Malaysia bagi tahun 2025 yang tertinggi dalam sejarah, mencatatkan satu lagi pencapaian ekonomi penting.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa jumlah perdagangan Malaysia cecah RM3 trilion, menekankan perlunya dasar, disiplin, dan tatakelola yang baik serta meneroka pasaran baharu.
  • Perdana Menteri menjelaskan bahawa pencapaian perdagangan tersebut berlaku walaupun ketidaktentuan geopolitik global dan perubahan dasar kuasa besar yang memberi kesan terhadap perdagangan antarabangsa.

Beliau berkata, pencapaian bersejarah itu akan diumumkan secara terperinci oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada Selasa.
Menurut beliau, prestasi perdagangan yang memberangsangkan itu selari dengan peningkatan pelaburan yang terus mencatat pertumbuhan kukuh sepanjang tahun lalu.
"Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2025, jumlah pelaburan diluluskan mencecah RM285.2 bilion, meningkat 13.2 peratus berbanding tempoh sama pada 2024.
"Prestasi pelaburan itu merupakan antara yang tertinggi dalam sejarah negara, selepas mencatat RM329.5 bilion pada 2023 dan RM384.4 bilion pada 2024," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengenai langkah kerajaan mengurus pelaburan langsung asing (FDI) dan perdagangan negara dalam menghadapi tekanan perdagangan global serta ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#Matrade
#jumlah perdagangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan