awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesihatan Tun Mahathir positif selepas dua minggu terima rawatan di IJN
PM arah laporan proses pelaksanaan RPN 2026-2035 dikemuka mulai Mac ini
RUU Tadbir Urus AI perkenal tanggungjawab undang-undang kepada pelaksana - Wilson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia

Bernama
Bernama
20/01/2026
06:42 MYT
Agong terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia
Istiadat penyerahan watikah pelantikan oleh ketua-ketua perwakilan asing ke Malaysia itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara, hari ini.
Istiadat penyerahan watikah pelantikan oleh ketua-ketua perwakilan asing ke Malaysia itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara.
Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Duta Besar Hungary Dr Sandor Sipos, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh Manjurul Karim Khan Chowdhury, Duta Besar Senegal Abdoul Aziz Loum dan Jehad Fouad Mabrouk Alqedra (Palestin).
Sultan Ibrahim turut berkenan menerima watikah pelantikan daripada Peter Spisiak (Slovak), Maher Kheir (Lubnan), Diego Pelufo Acosta y Lara (Uruguay) dan Osamah Dakhel R. Al-Ahmadi (Arab Saudi).
Selain itu, Duta Besar Indonesia Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo, Marc Abensour (Perancis), Ibrahim Bileh Doualeh (Djibouti) dan Luiz Manuel de Magalhaes de Albuquerque Veloso (Portugal).
Hadir sama pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#perwakilan asing
#Duta Besar Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan