KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang tepat ke arah kelestarian menjelang 2050 apabila setakat ini sekurang-kurangnya 44 daripada 54 Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam masa dua tahun.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan komited dalam melaksanakan projek dan program pembangunan yang mengutamakan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menerusi Laporan Kewangan Rakyat Ke-112 yang dikeluarkan pada Jumaat, beliau berkata dalam mencapai matlamat untuk menjadi negara neutral karbon seawal 2050, Malaysia akan bekerjasama dengan negara Asia dengan visi yang sama melalui Komuniti Pelepasan Sifar Asia.
"Pada akhir Disember 2021, 94 peratus daripada 50 syarikat di Malaysia telah mengadaptasi Strategi ESG dan 68 peratus mempunyai Dasar Pengurangan Pelepasan. Aset ESG global dianggarkan melebihi AS$53 trilion menjelang 2025, melebihi satu pertiga daripada AS$140.5 trilion unjuran jumlah aset yang diuruskan," katanya.
Beliau berkata seiring dengan pemerkasaan Rancangan Malaysia Ke-12, syarikat perlu mempraktikkan elemen ESG, membuka peluang dan akses kepada pembiayaan berkaitan kemampanan dan pelaburan, serta menerima insentif untuk program berfokuskan ESG.
Antara langkah yang telah diambil kerajaan bagi mencapai matlamat berikut ialah melalui pelaksanaan Prinsip Tadbir Urus Baik untuk Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (PGG), katanya.
Beliau berkata PGG termasuk, antara lain, pengesyoran untuk mewujudkan struktur tadbir urus untuk pengawasan elemen ESG dalam strategi pelaburan masa hadapan.
"Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) secara kolektif menguruskan RM1.7 trilion aset, sekali gus mempunyai pengaruh yang besar dalam konteks membimbing dan memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Ekosistem GLIC untuk menerima prinsip ESG.
"TNB dan Petronas telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini untuk mengukuhkan kerjasama dalam memajukan penyelesaian penyahkarbonan yang inovatif, untuk menyokong matlamat untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata secara keseluruhannya, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM20.958 bilion kepada 357,988 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) bagi mengekalkan penggajian 2,960,265 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Beliau berkata bagi Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) tahun ini, sebanyak 63,593 personel telah berjaya ditempatkan setakat 2 Sept, 2022 dengan 36,781 personel telah ditempatkan di sektor awam manakala 26,812 personel pula ditempatkan di syarikat berkaitan kerajaan dan rakan-rakan strategiknya.
"Di bawah Bajet 2022, MySTEP menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam GLC dan rakan-rakan strategik mulai Januari 2022.
"Pada 2021, MySTEP telah bejaya mencapai sasaran keseluruhan 50,000 peluang pekerjaan bagi 2021 dengan menempatkan sebanyak 63,221 personel. Daripada jumlah ini, sebanyak 41,680 personel telah berjaya ditempatkan di sektor awam manakala 21,541 personel pula ditempatkan di GLC dan rakan-rakan strategiknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
Tengku Zafrul berkata, kerajaan komited dalam melaksanakan projek dan program pembangunan yang mengutamakan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB. - Gambar fail
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik ekosistem pemula niaga global
Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.