WASHINGTON DC: Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu bernilai RM14.62 bilion dari Amerika Syarikat (AS) dengan Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) yang diketuai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin berkata banyak syarikat yang berpangkalan di AS menyatakan komitmen untuk mengembangkan operasi dan kehadiran mereka di Malaysia semasa TIM AS selama 10 hari yang bermula 8 Mei lepas.
"Kita akan membuat beberapa pengumuman besar dalam beberapa hari akan datang dari segi jumlah pelaburan baharu yang datang daripada komitmen syarikat-syarikat ini," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Setakat ini, beliau telah bertemu dengan beberapa syarikat teknologi tinggi seperti syarikat semikonduktor global, Texas Instruments Inc. dan pembekal bahan global untuk industri pemasangan elektronik dan pembungkusan semikonduktor, Indium Corporation.
Selain itu, beliau juga dijadualkan untuk menghadiri pertemuan dengan lebih banyak peserta industri teknologi tinggi dalam rangka lawatan ke San Francisco, Seattle dan Los Angeles.
Beliau memberi jaminan bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan meneruskan misi perdagangan untuk menarik lebih banyak pelaburan, dan yakin pelaburan berkualiti tinggi akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk bakat Malaysia.
Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, Duta Perwakilan Perdagangan AS, Katherine Tai telah menyambut baik cadangan Malaysia bagi menggerakkan semula Perjanjian Rangka Kerja Pelaburan (TIFA).
Kedua-dua negara diharap dapat memuktamadkan bagi pengaktifan perjanjian itu dalam tempoh terdekat, katanya.
Beliau berkata Malaysia pada dasarnya terbuka untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara itu dengan AS, memandangkan perbincangan terakhir mengenai TIFA antara kedua-dua negara diadakan pada 2005, dan tiada perkembangan lanjut dicatatkan sejak itu walaupun kedua-dua negara cuba untuk meneliti dan menggerakkannya kembali pada 2017 namun tidak berjaya.
"Tetapi sudah tentu, kita perlu melihat bagaimana TIFA boleh membantu kita dan mengurangkan cabaran global yang kita hadapi sekarang, seperti (untuk memastikan) daya tahan rantaian bekalan," katanya selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Tai pada Selasa.
Mengenai Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang dicadangkan Presiden AS Joe Biden, yang dibangkitkan semasa mesyuarat dua hala berasingan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo pada Selasa, Mohamed Azmin berkata Malaysia terbuka bagi perbincangan lanjut mengenai perkara itu.
"Sebagai sebuah ekonomi kecil seperti Malaysia, kita terbuka untuk lebih banyak perbincangan mengenai perkara itu, dan kita mahu memastikan semangat kepusatan ASEAN dihormati, dan memastikan semua negara anggota ASEAN membincangkan perkara itu secara menyeluruh," katanya.
Memorandum Kerjasama (MoC) bagi memastikan daya tahan rantaian bekalan ditandatangani antara Mohamed Azmin dan Raimondo selepas mesyuarat dua hala itu.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu juga berkata Tai and Raimondo telah bersetuju untuk meningkatkan perbincangan libat urus dan perundingan antara AS dan Malaysia bagi menangani isu berkaitan amalan perburuhan, tadbir urus selari dengan rangka alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), dan piawaian antarabangsa yang pasti memberi kebaikan dan kelebihan kepada syarikat tempatan untuk bersaing di pasaran global.
Selepas mesyuarat dua hala itu, beliau dan Raimondo turut menjadi penganjur bersama sesi meja bulat dengan peserta industri semikonduktor terkemuka AS.
Kedua-dua pemimpin itu akan memastikan daya tahan rantaian bekalan walaupun berlaku peningkatan permintaan bagi semikonduktor dalam sektor automotif, aeroangkasa dan peranti perubatan.
"Syarikat-syarikat tersebut juga memberi jaminan kepada saya bahawa mereka akan terus bantu membangunkan ekosistem dengan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan vendor tempatan di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022

Memorandum Kerjasama bagi memastikan daya tahan rantaian bekalan ditandatangani antara Mohamed Azmin dan Raimondo selepas mesyuarat dua hala pada Selasa. - Facebook Azmin Ali
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Ibadah Haji 2022 | Kiswah Kaabah sedia ditukar
Penutup kain Kaabah sedia untuk ditukar, menjelang permulaan ibadah ziarah tahunan. Lebih dikenali sebagai Kiswah, ia diperbuat daripada sutera tulen, benang emas dan perak serta disulam dengan kaligrafi Islam.

Kos Sara Hidup | Perlu ada usaha kolektif semua pihak
Isu kos sara hidup tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak semata-mata. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ia memerlukan usaha secara kolektif kerana semua pihak mempunyai peranan ketika situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

Malaysia, Singapura bangunkan rangka kerja kerjasama mengenai ekonomi digital & hijau
Malaysia dan Singapura bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai rangka kerja kerjasama berkaitan ekonomi digital dan hijau dengan matlamat untuk memuktamadkannya pada tahun ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Menteri Luar Australia setuju untuk tarik pelaburan ke Malaysia
Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia.

Malaysia, Australia suarakan semula komitmen pertingkat hubungan perdagangan dua hala
Malaysia dan Australia menyatakan semula komitmen masing-masing untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan dua hala.

Pendidikan satukan Malaysia dan Australia sejak berdekad lalu - Penny Wong
Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong berkata, Malaysia kini menjadi tuan rumah bagi bilangan tertinggi universiti-universiti Australia di luar negara.

Menteri Luar Australia dijadual lawat Malaysia, Vietnam untuk perkukuh hubungan
Menteri Luar Australia, Penny Wong dijadual melawat Malaysia pada Selasa (28 Jun) untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala dan membangunkan perkongsian sedia ada untuk manfaat negara dan rantau ini.

Agong berkenan terima kunjungan Azmin di hospital
Al-Sultan Abdullah kelihatan ceria, cergas dan sihat selepas menjalani prosedur di kaki pada Isnin.

PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin

Kerajaan negeri digesa bekerjasama dengan persekutuan tarik pelaburan
Ia bagi menarik pelaburan baharu dari luar negara ke negeri-negeri berkenaan sebagai usaha memberi manfaat kepada semua rakyat.

'Jangan bandingkan saya dengan Zuraida' - Azmin
Azmin berkata beliau akan terus berjuang dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat bersama Bersatu.