awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU bersedia capai perjanjian dengan Amerika Syarikat sebelum 1 Ogos

Bernama
Bernama
12/07/2025
22:00 MYT
EU bersedia capai perjanjian dengan Amerika Syarikat sebelum 1 Ogos
Von der Leyen menegaskan, Eropah secara "konsisten" mencari penyelesaian "melalui rundingan" dengan AS dan mengulangi "komitmen" terhadap dialog, kestabilan dan perkongsian transatlantik yang "konstruktif." - Gambar fail Reuters
ISTANBUL: Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada Sabtu menyatakan kesediaan untuk berusaha ke arah mencapai satu perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS) sebelum 1 Ogos, susulan pengumuman Presiden Donald Trump mengenai tarif sebanyak 30 peratus ke atas blok itu yang akan bermula bulan depan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kami kekal bersedia untuk terus berusaha ke arah satu perjanjian menjelang 1 Ogos. Pada masa yang sama, kami akan mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan EU, termasuk penggubalan tindakan balas yang setimpal jika diperlukan," kata von der Leyen dalam satu kenyataan bertulis.
Beliau menegaskan, Eropah secara "konsisten" mencari penyelesaian "melalui rundingan" dengan AS dan mengulangi "komitmen" terhadap dialog, kestabilan dan perkongsian transatlantik yang "konstruktif."
Menurutnya, hanya "sedikit" ekonomi di dunia yang mampu "menyaingi" tahap "keterbukaan dan pematuhan terhadap amalan perdagangan adil" yang diamalkan oleh blok itu.
"Pelaksanaan tarif sebanyak 30 peratus ke atas eksport EU akan mengganggu rantaian bekalan transatlantik yang penting dan memberi kesan negatif kepada perniagaan, pengguna dan pesakit di kedua-dua belah Atlantik," kata von der Leyen dengan nada amaran.
Beliau berkata, EU akan terus "memperkukuh" kerjasama global mereka, yang "berpaksikan prinsip perdagangan antarabangsa berasaskan peraturan."
Terdahulu, Trump mengumumkan yang AS akan mengenakan tarif sebanyak 30 peratus ke atas EU dan Mexico bermula 1 Ogos.
Dalam satu hantaran di Truth Social, Trump berkongsi dua surat berasingan yang ditujukan kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dan Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan tarif sebanyak 30 peratus ke atas barangan dari Eropah dan Mexico yang menuju ke AS.
Surat itu kini memburukkan lagi rundingan perdagangan antara AS dan EU, yang sebelum ini menyasarkan untuk memuktamadkan satu perjanjian perdagangan menyeluruh bulan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#tarif Trump
#rundingan Amerika Syarikat
#eksport EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan