KUALA LUMPUR: Syarikat Taiwan yang menumpukan ASEAN mengenal pasti Malaysia sebagai antara tiga pasaran teratas yang menjanjikan prospek amat cerah untuk perluasan seterusnya dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Tinjauan yang dijalankan Standard Chartered bagi 'Borderless Business: Taiwan-ASEAN Corridor' (Perniagaan Tanpa Sempadan: Koridor Taiwan-ASEAN) mendapati kebanyakan syarikat menjangkakan pertumbuhan perniagaan di rantau ini.
Sebanyak 98 peratus responden mengunjurkan kenaikan perolehan dan 93 peratus juga menjangkakan pertumbuhan pengeluaran.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Abrar A. Anwar berkata Taiwan merupakan antara rakan dagang utama Malaysia dan pelabur besar di Malaysia, menumpukan terutama industri pembuatan seperti elektrik dan elektronik, bioteknologi serta sektor berkaitan teknologi tinggi.
"Kami yakin lebih banyak perniagaan Taiwan akan mendapati Malaysia adalah satu saranan yang amat menarik, khususnya untuk kapasiti pengembangan kami dalam industri dan segmen utama seperti kimia, peralatan perubatan berteknologi tinggi, biofarmaseutikal dan tenaga boleh baharu.
"Pandangan ini diperkukuh dengan lokasi penting Malaysia sebagai pusat pembuatan Asia Tenggara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata Standard Chartered komited menyokong perniagaan Taiwan yang merancang untuk beroperasi di Malaysia dengan menyediakan khidmat nasihat yang sesuai dilaksanakan selain penyelesaian kewangan inovatif yang memenuhi keperluan tempatan dan rentas sempadan.
Menurut tinjauan itu, syarikat Taiwan yakin Singapura, Filipina dan Malaysia menawarkan peluang perluasan terbaik untuk jualan dan pengeluaran.
"Akses kepada pasaran pengguna ASEAN yang luas dan berkembang, wujudnya asas pembekal yang matang dan boleh dipercayai serta akses kepada pasaran global yang dipenuhi menerusi rangkaian perjanjian perdagangan bebas adalah dianggap sebagai pemacu paling penting bagi perluasan ke rantau ini oleh responden," menurut Standard Chartered.
Tinjauan itu turut mendapati langkah ratifikasi perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijangka menarik lebih banyak pelaburan ke rantau ini, dengan lebih 90 peratus responden merancang untuk meningkatkan pelaburan mereka dengan sekurang-kurangnya 25 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Syarikat Taiwan dalam tinjauan ini kini menjalankan aktiviti pembuatan dan jualan di semua pasaran ASEAN-6 merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Bank itu juga menjelaskan walaupun syarikat Taiwan optimis dengan peluang di ASEAN namun mereka juga memahami terdapat risiko yang perlu diuruskan.
Tiga risiko utama yang dikenal pasti ialah pandemik COVID-19 atau krisis kesihatan lain; ketidaktentuan geopolitik dan konflik perdagangan; pemulihan ekonomi yang perlahan serta penyusutan perbelanjaan pengguna, jelasnya.
"Bagi menyokong pertumbuhan, syarikat ini menjelaskan mereka mencari rakan perbankan yang menawarkan perkhidmatan pembiayaan perdagangan yang besar; kekukuhan kemampuan pengurusan tunai serta lindung nilai pertukaran asing dan perkhidmatann penyelesaian pelbagai mata wang komprehensif," menurut bank itu.
Standard Chartered menerbitkan edisi keempat siri 'Borderless Business' bagi 2021.
Laporan itu boleh dimuat turun di www.sc.com/en/borderless.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021
Menurut tinjauan itu, syarikat Taiwan yakin Singapura, Filipina dan Malaysia menawarkan peluang perluasan terbaik untuk jualan dan pengeluaran. - Unsplash
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BNM diunjur kekalkan OPR 3.0%, namun risiko cenderung ke arah kenaikan - Standard Chartered
Standard Chartered Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3%.
'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart
Eksport meningkat 3.9 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama 2024 - pulih daripada penguncupan 6.9 peratus dalam suku keempat 2023.
Standard Chartered unjur BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus
BNM diunjur mengekalkan pendirian tunggu dan lihat untuk menilai kesan pelarasan OPR terkumpul yang lepas.
Belanjawan 2023 seimbang, penekanan pada kemampanan fiskal jangka panjang
Belanjawan 2023 menyediakan sokongan yang amat diperlukan dalam menangani kos sara hidup yang tinggi, mengukuhkan lagi jaringan keselamatan sosial serta mempertingkatkan ekosistem PMKS.
OPR akan meningkat kepada 3% bulan ini, ramal Standard Chartered
Kenaikan daripada 2.75 peratus ketika ini, membalikkan langkah pemotongan kadar yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Eksport Malaysia dijangka cecah hampir AS$500 bilion menjelang 2030
Laporan itu turut menunjukkan Malaysia akan menjadi pemacu utama pertumbuhan dagangan global.
Malaysia dipilih sebagai antara tiga pasaran teratas menjanjikan prospek amat cerah
Syarikat Taiwan yang menumpukan ASEAN mengenal pasti Malaysia sebagai antara tiga pasaran teratas yang menjanjikan prospek amat cerah untuk perluasan seterusnya dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Moody's sahkan penarafan empat bank Malaysia, unjuran stabil
Moody's Investors Service mengesahkan penarafan deposit mata wang asing jangka panjang Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd dan RHB Bank Bhd masing-masing pada A3.
Bank utama dunia didakwa terlibat lakukan pemindahan dana meragukan
Antara bank yang paling banyak disebut dalam laporan berkenaan ialah HSBC, JP Morgan Chase, Deutsche Bank, Standard Chartered dan Bank of New York Mellon.