awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTDC & UPM lancar 'Plant Factory', pacu pertanian bandar pintar tahan iklim

Amzar Alif
Amzar Alif
20/10/2025
04:00 MYT
MTDC & UPM lancar 'Plant Factory', pacu pertanian bandar pintar tahan iklim
Pelancaran Plant Factory UPM-MTDC yang berfungsi sebagai berfungsi sebagai makmal hidup, pusat latihan teknikal serta hab inovasi yang menghubungkan penyelidikan akademik terus ke pasaran. - Foto MTDC
SERDANG: Usaha memperkukuh sekuriti makanan negara dan mempercepat transformasi pertanian bandar diterjemahkan melalui pelancaran fasiliti berteknologi tinggi ‘Plant Factory’, hasil kerjasama strategik antara Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ringkasan AI
  • MTDC dan UPM memperkenalkan Plant Factory sebagai usaha memperkukuh sekuriti makanan dan mempercepat pertanian bandar melalui ladang menegak tertutup berteknologi Industri 4.0.
  • Fasiliti ini berfungsi sebagai makmal hidup, pusat latihan teknikal dan hab penyelidikan-ke-industri, menyokong PKS melalui pembiayaan dan inkubasi berstruktur.
  • Inisiatif ini selari dengan NAP 2.0, mempelbagaikan hasil tanaman, membina kemahiran tempatan dan memperkukuh rantaian nilai untuk kestabilan bekalan makanan jangka panjang.

Fasiliti ladang menegak tertutup ini direka untuk beroperasi dalam persekitaran terkawal, menjadikannya penanda aras baharu dalam pengeluaran makanan yang tahan iklim, mampan dan konsisten sepanjang tahun.
Teknologi Industri 4.0 seperti penderia pintar, automasi dan analitik data digabungkan bagi memastikan hasil tanaman yang cekap, berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTDC, Mohammad Hazani Hassan berkata, UPM–MTDC Plant Factory dibangunkan untuk menghasilkan impak yang boleh diukur, termasuk tanaman yang divalidasi pasaran, pembeli berkontrak serta bakat yang bersedia menyertai industri.
“Padanan pembiayaan MTDC bersama inkubasi berstruktur dan khidmat nasihat langsung membolehkan risiko pemilikan teknologi dikurangkan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus mempercepatkan kemajuan pertanian pintar negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Fasiliti ini mula dibangunkan pada Disember 2020 dengan kos melebihi RM580,000, dan beroperasi sepenuhnya sejak 15 Januari lalu di kampus UPM.
Kini, ia berfungsi sebagai makmal hidup, pusat latihan teknikal dan hab inovasi yang menghubungkan penyelidikan akademik terus ke aplikasi komersial.
Datuk Ibrahim Komoo ketika menyampaikan ucapan perasmian program Plant Factory UPM-MTDC di Serdang semalam. - Foto MTDC
Datuk Ibrahim Komoo ketika menyampaikan ucapan perasmian program Plant Factory UPM-MTDC di Serdang semalam. - Foto MTDC
Naib Canselor UPM, Datuk Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, Plant Factory mengukuhkan peranan UPM sebagai penghubung antara penyelidikan dan industri.
“Pelajar, penyelidik dan rakan industri boleh bersama-sama membangunkan kaedah penanaman yang tahan iklim, manakala usahawan memperoleh platform ujian sebenar untuk memenuhi piawaian pasaran dan berkembang secara bertanggungjawab,” jelasnya.
Hasil pertama fasiliti ini mencatat pengeluaran sebanyak 100 kilogram daun salad jenis Green Coral setiap minggu, dijual kepada pembeli tempatan pada harga RM6 sekilogram.
Ujian turut dijalankan ke atas tanaman berdaun bernilai tinggi seperti Red Oak, Curly Kale, bayam dan microgreens, selaras dengan usaha mempelbagaikan hasil dan memenuhi keperluan pengguna bandar.
Pembangunan fasiliti ini juga seiring dengan aspirasi Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 (NAP 2.0) yang menekankan pendekatan pertanian terkawal yang cekap, lestari dan mesra alam.
Inisiatif ini menyumbang kepada pembangunan kemahiran teknikal dan keusahawanan dalam kalangan komuniti tempatan, di samping memperkukuh ekosistem pertanian pintar melalui pengurusan sumber yang lebih tepat, rantaian nilai B2B yang kukuh serta kestabilan bekalan makanan jangka panjang.
Kolaborasi antara MTDC dan UPM ini membuka laluan baharu ke arah pembangunan pertanian bandar yang inovatif, berdaya saing dan mampan untuk generasi akan datang.
Barisan pengurusan UPM dan MTDC bergambar di hadapan reruai MTDC pada Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan (PKPK) 2025.- Foto MTDC
Barisan pengurusan UPM dan MTDC bergambar di hadapan reruai MTDC pada Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan (PKPK) 2025.- Foto MTDC
Topic Berkaitan
#UPM
#MTDC
#Plant Factory
#Mohammad Hazani Hassan
#pertanian bandar pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan