Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi nombor satu dalam pasaran pelancongan Muslim global, dengan pesaing pantas berusaha merapatkan jurang, menurut satu kaji selidik tahunan yang paling komprehensif bagi sektor ini.
Kaji selidik Indeks Pelancongan Muslim Global 2018 oleh Mastercard-CrescentRating atau dikenali sebagai Mastercard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2018, yang meninjau 130 destinasi, memperlihatkan Malaysia kekal di kedudukan teratas buat tahun kelapan berturut-turut.
Indonesia pula meneruskan pertumbuhan tahunannya apabila menduduki tempat kedua bersama Emiriah Arab Bersatu dalam penarafan keseluruhan.
Indeks ini juga mendedahkan bahawa, beberapa destinasi bukan ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Asia sudah meningkatkan penarafan masing-masing berbekalkan usaha berterusan dalam menyesuaikan perkhidmatan disediakan untuk memenuhi keperluan dan menarik pasaran pelancongan Islam.
Singapura mengekalkan kedudukan di tangga teratas bagi pasaran destinasi bukan OIC, di hadapan Thailand dan United Kingdom manakala Jepun dan Taiwan memasuki lima tangga teratas buat kali pertama sejak GMTI dilancarkan.
GMTI 2018 membuktikan bahawa pasaran pelancongan Islam bakal meneruskan pertumbuhan pantas untuk mencecah angka US$220 bilion pada 2020. Pasaran ini dijangka akan terus meningkat sebanyak US$80 bilion untuk mencecah angka US$300 bilion menjelang 2026.
Pada 2017, dianggarkan kira-kira 131 juta ketibaan pelancong Islam dicatatkan di peringkat global - meningkat daripada 121 juta pada 2016 dan ini dijangka bertambah kepada 156 juta pengunjung menjelang 2020, merangkumi 10 peratus daripada segmen pelancongon.
"Kami kini mula melihat kesan pelaburan dan komitmen oleh destinasi di seluruh dunia terhadap pasaran pelancongan Islam, yang manfaatnya diperlihatkan oleh perubahan penarafan yang nyata.
"Pada tahun ini, kami sudah merombak kriteria indeks untuk mencerminkan strategi pertumbuhan yang dilaksanakan oleh destinasi berkenaan bagi mengalu-alukan pelancong Islam yang menyaksikan pergerakan positif dalam Indeks."
Malaysia mencatatkan markah Indeks 80.6, diikuti oleh UAE sementara Indonesia 72.8 markah. Sebagai perbandingan, Singapura, yang merupakan destinasi bukan OIC dengan markah tertinggi, mencatatkan 66.2 markah.
Taiwan dan Jepun terus meningkatkan penarafan keseluruhan dengan purata markah GMTI mengikut rantau yang memainkan peranan menjadikan Asia sebagai kawasan utama di dunia untuk menarik pelancong Islam, diikuti oleh Eropah.
"Kami gembira kerana dapat berganding bahu dengan CrescentRating dalam penyediaan maklumat terperinci mengenai pasaran pelancongan Islam bagi pihak-pihak berkepentingan dalam industri pelancongan.
"Banyak destinasi yang sudah berjaya di seluruh dunia ingin mempelbagaikan asas pengunjung bagi mengekalkan kadar pertumbuhan pelancong dalam pasaran kembara yang semakin hari semakin kompetitif.
"Segmen pelancongan Islam yang pantas berkembang membuka peluang besar, tetapi untuk memanfaatkannya, kita hendaklah memahami keperluan dan pilihan pelancong Islam dan cara menyesuaikannya serta menyerasikan produk, juga perkhidmatan untuk memenuhi keperluan itu.
"Kami percaya bahawa GMTI memberikan nilai sebenar kepada perniagaan dan kerajaan yang ingin memanfaatkan segmen pasaran yang penting dan semakin berkembang ini dan berharap usaha ini akan terus memacu perkembangan pelancongan halal," kata Presiden Serantau Mastercard bagi Indonesia, Malaysia dan Brunei, Safdar Khan.
Dianggarkan bahawa rantau ASEAN akan mengalu-alukan ketibaan lebih 18 juta pelancong Islam menjelang 2020, mewakili hampir 15 peratus daripada ketibaan pelancong di rantau ini.
"Berasaskan indeks ini, Malaysia terus mengukuhkan status sebagai destinasi halal terulung di dunia. Ini mencerminkan pelbagai inisiatif yang sudah diambil pemain industri dalam menyediakan lebih banyak perkhidmatan dan kemudahan yang mesra Islam sebagai sebahagian daripada tawaran kembara dan pelancongan Malaysia.
"Semakin besar saiz pasaran Islam berkembang, semakin meningkat potensi ekonomi daripada segmen ini. Perniagaan di Malaysia juga perlu memahami dan menganalisis permintaan dengan lebih baik dan juga merangka tawaran baharu untuk kekal di hadapan," tambah Safdar Khan.
Antara inisiatif ini termasuk penubuhan Pusat Pelancongan Islam (ITC) bagi menyelaraskan risikan pasaran, merangka dasar pelancongan dan membina kapasiti serta penyediaan rangka kerja di bawah Pelan Induk Industri Halal 2.0 dalam menangani perkembangan industri.
GMTI kini adalah data berasaskan kefahaman utama yang membantu destinasi pelancongan, perkhidmatan pelancongan dan pelabur untuk mengukur kekuatan dan pertumbuhan segmen pelancongan ini dan menjadi penanda aras kemajuan masing-masing untuk menarik minat pelancong Islam.
Kesemua 130 destinasi dalam GMTI 2018 sudah diberi markah berasaskan pelbagai kriteria, dengan beberapa ukuran baharu ditambah dalam kaji selidik tahun ini termasuk Model Pertumbuhan-Inovasi CrescentRating.
Ukuran utama kriteria berkenaan merangkumi infrastruktur; komunikasi dan cara sesebuah destinasi memasarkan kedudukannya kepada khalayak sasaran; alam sekitar dan perkhidmatan. Setiap kriteria diberi wajaran tertentu sebagai sebahagian daripada markah keseluruhan indeks.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 14 2018
Berasaskan Indeks Pelancongan Muslim Global 2018, Malaysia terus mengukuhkan status sebagai destinasi halal terulung di dunia. - Gambar hiasan
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.