KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan lebihan dagangan bernilai RM12.41 bilion bagi November 2023 sekali gus menjadi lebihan dagangan yang ke-43 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
Bagaimanapun, perdagangan Malaysia mencatatkan pengurangan sederhana sebanyak 2.4 peratus tahun ke tahun kepada RM231.79 bilion, dengan eksport susut 5.9 peratus untuk mencecah RM122.10 bilion manakala import mengembang 1.7 peratus kepada RM109.69 bilion.
"Prestasi ini seiring dengan rakan dagang utama Malaysia yang lain seperti Taiwan, China dan Indonesia apabila masing-masing merekodkan pertumbuhan perdagangan negatif pada November 2023 serta pengurangan dalam import global," menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa.
MITI memaklumkan berbanding Oktober 2023, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing turun sebanyak 3.1 peratus, 3.2 peratus, 3.1 peratus dan 3.8 peratus.
Bagi tempoh Januari hingga November 2023, perdagangan susut 7.5 peratus kepada RM2.413 trilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas apabila eksport kurang 7.8 peratus kepada RM1.308 trilion, import turun 7.1 peratus kepada RM1.105 trilion dan lebihan dagangan merosot 11.3 peratus kepada RM202.49 bilion, tambahnya.
"Namun begitu, peningkatan eksport telah direkodkan bagi keluaran petroleum, jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan perkilangan logam, barangan makanan diproses serta barangan besi dan keluli," jelas kementerian itu.
MITI menjelaskan eksport hasil galian merekodkan nilai bulanan tertinggi bagi 2023 setakat ini, berkembang 0.5 peratus tahun ke tahun kepada RM10.46 bilion (8.6 peratus syer).
Ini merupakan pertumbuhan positif yang pertama dicatatkan setelah merekodkan penyusutan selama lima bulan berturut-turut, dipacu oleh eksport yang kukuh bagi petroleum mentah serta petroleum kondensat dan minyak petroleum lain, menurutnya.
Eksport keluaran pertanian (6.9 peratus syer) turun 5.5 peratus kepada RM8.39 bilion berbanding November 2022 disebabkan terutama oleh pengurangan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit berikutan penurunan harga eksport minyak sawit.
Bagi November 2023, perdagangan dengan ASEAN mencatatkan pengurangan marginal 0.2 peratus tahun ke tahun, menyerap 27.3 peratus atau RM63.31 bilion daripada jumlah perdagangan Malaysia.
Import dari ASEAN pula berkembang 8.6 peratus kepada RM26.89 bilion.
Berbanding Oktober 2023, perdagangan, eksport dan import masing-masing turun 1.6 peratus, 0.3 peratus dan 3.3 peratus.
Bagi perdagangan dengan China, yang merangkumi 17.7 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pula menguncup 5.0 peratus tahun ke tahun kepada RM40.95 bilion, jelasnya.
Bagaimanapun, penyusutan ini telah diimbangi oleh pertumbuhan positif bagi eksport barangan kertas dan palpa, petroleum kondensat dan minyak petroleum lain serta bijih logam dan serpihan logam, tambahnya.
Kementerian itu memberitahu bahawa import dari China turun 2.4 peratus kepada RM23.73 bilion.
"Berbanding Oktober 2023, eksport meningkat 0.6 peratus, manakala perdagangan dan import masing-masing menguncup sebanyak 3.2 peratus dan 5.7 peratus," menurut MITI.
Bagi perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) bagi November 2023, yang merangkumi 9.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia susut secara marginal sebanyak 0.7 peratus tahun ke tahun kepada RM22.22 bilion.
"Import dari AS pula menokok sebanyak 12.8 peratus kepada RM9.28 bilion," tambah MITI.
MITI menjelaskan berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan dan import masing-masing mengembang sebanyak 0.4 peratus dan 18.4 peratus, manakala eksport turun 9.4 peratus.
Pada November 2023, perdagangan dengan Jepun yang mewakili 5.8 peratus atau RM13.49 bilion daripada jumlah perdagangan Malaysia, menyusut 15.5 peratus tahun ke tahun.
"Walaupun mencatatkan pengurangan, pertumbuhan dua digit eksport telah direkodkan bagi petroleum mentah, barangan makanan diproses, barangan perkilangan logam, barangan optik dan saintifik, tekstil, pakaian dan kasut, keluaran petroleum serta minyak sayuran lain. Import dari Jepun menguncup 11.9 peratus kepada RM6.20 bilion," jelas MITI.
MITI memaklumkan bahawa berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan dan eksport masing-masing bertambah 5.1 peratus dan 10.6 peratus manakala import turun ak 0.8 peratus.
Perdagangan dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang menyumbang 67.5 peratus atau RM156.51 bilion kepada jumlah perdagangan Malaysia pula turun 3.8 peratus tahun ke tahun.
"Eksport ke rakan dagang FTA menyusut 7.2 peratus kepada RM85.75 bilion dan import mengembang sebanyak 0.7 peratus kepada RM70.76 bilion," menurut MITI.
Bagi November 2023, jumlah import meningkat 1.7 peratus tahun ke tahun kepada RM109.69 bilion.
"Tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir yang merangkumi 73.7 peratus daripada jumlah keseluruhan import adalah barangan pengantara, bernilai RM56.21 bilion atau 51.2 peratus daripada jumlah import, susut 5.2 peratus tahun ke tahun, berikutan pengurangan import alat ganti dan aksesori bagi barangan modal bukan kelengkapan pengangkutan," jelasnya.
"Barangan modal pula yang bernilai RM14.94 bilion atau 13.6 peratus daripada jumlah import, meningkat 53.3 peratus disumbangkan oleh kenaikan import barangan modal bukan kelengkapan pengangkutan;
"Barangan penggunaan, mencecah RM9.72 bilion atau 8.9 peratus daripada jumlah import, berkembang 2.2 peratus, hasil import yang lebih tinggi bagi barangan tahan lama," menurut MITI.
MITI memaklumkan bahawa berbanding Oktober 2023, import barangan pengantara, barangan modal dan barangan penggunaan masing-masing meningkat sebanyak 0.8 peratus, 17.7 peratus dan 3.8 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023
MITI memaklumkan bahawa berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan dan eksport masing-masing bertambah 5.1 peratus dan 10.6 peratus manakala import turun ak 0.8 peratus. - Foto fail/BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Belum ada cadangan untuk Malaysia sertai New Development Bank setakat ini - MITI
Sekiranya terdapat keperluan menyertai NDB, Malaysia perlu bersedia untuk menyumbang kepada institusi kewangan itu.
MITI sedia kukuhkan rantaian bekalan global melalui ekonomi ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia sedang berusaha untuk menyelaraskan dirinya dengan visi rantau itu yang lebih besar dalam menarik pelaburan yang tepat ke Asia Tenggara.
Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI
Pada 2023, sektor semikonduktor menyumbang 82 peratus daripada RM84.5 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan bagi projek E&E.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal.
Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul
Pendekatan strategik MITI di AELW APEC ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.