awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia komited kekalkan hubungan baik dengan pelabur China

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
12/09/2018
09:44 MYT
Malaysia komited kekalkan hubungan baik dengan pelabur China
Majlis pelancaran Ekspo China Asean (CAEXPO) ke-15, di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning (NICEC), China pada Selasa.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus komited untuk memastikan hubungan baik terjalin bersama pelabur di China terutamanya di wilayah Guangxi.
Menurut Timbalan Menterinya, Dr Ong Kian Ming, terdapat pelbagai peluang buat pelabur dari China untuk melabur dalam pasaran tempatan yang seterusnya mempromosikan produk buatan Malaysia dengan menggunakan pelbagai kaedah.
“Apa yang ingin saya tegaskan adalah hubungan ‘people-to-people’ antara rakyat Guangxi dan Malaysia perlu dipertingkatkan.
“Ini kerana rakyat Malaysia perlu lebih meneroka wilayah tersebut bagi memudahkan urusan pelaburan antara China dan Malaysia.
“Apa yang ingin saya lakukan dalam kementerian ini adalah untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan dari pasaran tempatan dan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya adalah untuk menjadikan Guangxi sebagai wilayah untuk mempromosikan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi sidang media selepas pelancaran Ekspo China Asean (CAEXPO) ke-15, di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning (NICEC) pada Selasa.
Majlis pelancaran Ekspo China Asean (CAEXPO) ke-15 di NICEC, China. Foto: http://eng.caexpo.org/
Majlis pelancaran Ekspo China Asean (CAEXPO) ke-15 di NICEC, China. Foto: http://eng.caexpo.org/
Majlis pelancaran Ekspo China Asean (CAEXPO) ke-15 di NICEC, China. Foto: http://eng.caexpo.org/
Majlis pelancaran Ekspo China Asean (CAEXPO) ke-15 di NICEC, China. Foto: http://eng.caexpo.org/
Jelasnya, lawatan beliau di Nanning sempena CAEXPO ke-15 ini adalah untuk meningkatkan keyakinan pelabur China untuk terus melabur di Malaysia.
Walaupun terdapat beberapa penangguhan projek antara Malaysia-China, Ong menegaskan bahawa perkara itu adalah disebabkan oleh keadaan kewangan negara.
Majlis pelancaran Ekspo China Asean (CAEXPO) ke-15 di NICEC, China. Foto: http://eng.caexpo.org/
Majlis pelancaran Ekspo China Asean (CAEXPO) ke-15 di NICEC, China. Foto: http://eng.caexpo.org/
Terdahulu, Ong turut serta bersama kepimpinan tinggi negara-negara ASEAN merasmikan CAEXPO ke 15 di NICEC, China pada Selasa.
Dalam perkembangan sama, Naib Pengerusi Dewan Negeri China, Han Zheng, dalam ucapannya turut mengumumkan akan melaksanakan inisiatif untuk mempertingkatkan hubungan China-Asean yang merangkumi enam inisiatif untuk hubungan ‘people-to-people’.
Antaranya adalah kerjasama dalam kapasiti pengeluaran dengan mengambil manfaat daripada platform kewangan yang disediakan melalui China-Asean Investment Corporation.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#CAEXPO 15
#China
#MITI
#Ong Kiang Min
#people-to-people
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan