Skip to main content

Malaysia

Lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika sertai acara larian di Putrajaya

Mangsa dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan. - Gambar hiasan
Mangsa dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan. - Gambar hiasan

Advertisement

Advertisement

PUTRAJAYA: Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai acara larian di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata mangsa dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

“Pihak hospital telah melakukan usaha resusitasi terhadap mangsa, namun gagal menyelamatkannya dan mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.54 pagi.

Advertisement

“Hasil semakan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bedah siasat dijalankan di Hospital Putrajaya bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Advertisement

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement