awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mahu jalin kerjasama lebih rapat dengan Vietnam dalam sektor MICE

Bernama
Bernama
31/07/2025
03:50 MYT
Malaysia mahu jalin kerjasama lebih rapat dengan Vietnam dalam sektor MICE
Tiong (tiga, kanan) berkata Malaysia juga merancang untuk menganjurkan jelajah promosi MICE Malaysia di Vietnam bagi memudahkan jalinan kerjasama dan pertemuan perniagaan-ke-perniagaan. - Facebook Tiong
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang meneroka kerjasama lebih rapat dengan Vietnam dalam sektor mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) bagi mengukuhkan pelancongan dua hala serta pelancongan perniagaan mewah antara kedua-dua negara.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata semasa lawatan ke Ho Chi Minh City baru-baru ini, beliau menyarankan Viettours, sebuah syarikat pelancongan terkemuka di Vietnam, untuk mengemukakan cadangan berkaitan pelancongan perniagaan mewah dan program insentif korporat.
Beliau berkata usaha itu, antara lain bertujuan memanfaatkan infrastruktur kukuh Malaysia, kemudahan persidangan dan pameran serta kepelbagaian tawaran pelancongan dan kebudayaan negara.
"Dengan bekerjasama bersama agensi tempatan dalam sektor MICE seperti Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), kita dapat membangunkan pakej yang menggabungkan elemen perniagaan dan santai.
"Sebagai contoh, menggabungkan persidangan dengan aktiviti kebudayaan, program bina pasukan untuk eksekutif di Langkawi, program bertema pengembaraan di Sabah serta mesyuarat yang menumpukan kepada perubatan atau teknologi di Pulau Pinang atau Perak," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata Malaysia juga merancang untuk menganjurkan jelajah promosi MICE Malaysia di Vietnam bagi memudahkan jalinan kerjasama dan pertemuan perniagaan-ke-perniagaan (B2B).
"Kami berharap pertukaran ini menjadi permulaan kepada satu lembaran baharu dalam kerjasama pelancongan Malaysia-Vietnam yang membawa manfaat bersama dan perkongsian pertumbuhan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#Tiong King Sing
#MICE
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan