KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing, didorong oleh kejayaan negara menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2021 untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan, demikian menurut Indeks Peluang Global (GIO) Milken Institute 2022.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini adalah bukti seterusnya kepada keazaman, komitmen dan usaha proaktif kerajaan dalam membangunkan dasar yang kukuh serta cekap dan sentiasa memacu pembaharuan domestik.
"Komitmen itu akhirnya telah melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan dan tanpa ragu-ragu menandakan keyakinan kukuh pelabur asing dalam ekosistem perniagaan yang cekap serta ekonomi rancak kita," katanya.
Indeks yang dikeluarkan semalam melaporkan bahawa Malaysia memperoleh tempat teratas berikutan prestasi kukuhnya merentas semua kategori yang diukur, iaitu mempunyai prestasi ekonomi yang mantap selain menawarkan tenaga kerja yang berkelayakan tinggi dan bersepadu teguh dengan ekonomi global.
Azmin berkata ini jelas menunjukkan kejayaan usaha besar Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam melaksanakan dasar yang memastikan ketersediaan bakat dan perlindungan serta penghasilan pekerjaan untuk ekonomi.
"Mencari peluang secara agresif terutamanya dalam bidang pertumbuhan baharu, memacu kerjasama yang lebih erat dengan industri dalam inisiatif peningkatan dan kemahiran semula serta menarik lebih banyak pelaburan strategik ke dalam negara akan kekal menjadi tumpuan MITI dalam memastikan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing paling menarik.
Malah, laporan itu juga menjelaskan bahawa Malaysia mengambil langkah untuk melonggarkan sekatan dan menggubal dasar untuk memanfaatkan pembangunan perdagangan, sekali gus membantu negara ini berada di kedudukan pertama dalam indeks berkenaan, katanya.
Azmin berkata langkah-langkah ini bertindak sebagai pendorong untuk memimpin negara ke arah peningkatan inovasi, penghasilan pekerjaan dan daya saing global.
"Ini diselaraskan dengan komitmen kita dalam mengukuhkan rangka kerja institusi dan memperdalam integrasi serantau melalui perjanjian perdagangan bebas (FTA) mega seperti Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang akan diratifikasi tidak lama lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
![Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637226409_TBAzminAli.jpg)
Azmin berkata ini adalah bukti seterusnya kepada keazaman, komitmen dan usaha proaktif kerajaan dalam membangunkan dasar yang kukuh serta cekap dan sentiasa memacu pembaharuan domestik. - Foto BERNAMA
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan
Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar US sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari 2024.
![Malaysia catat peningkatan, luluskan pelaburan RM83.7 bilion suku pertama 2024 Malaysia catat peningkatan, luluskan pelaburan RM83.7 bilion suku pertama 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718953339_TBZAFRUL.jpg)
Malaysia catat peningkatan, luluskan pelaburan RM83.7 bilion suku pertama 2024
Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM83.7 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh Januari hingga Mac 2024.
![Pelaburan syarikat besar, negara harus bersedia dengan tenaga mahir - PM Pelaburan syarikat besar, negara harus bersedia dengan tenaga mahir - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717824093_AnwarIbrahim.jpg)
Pelaburan syarikat besar, negara harus bersedia dengan tenaga mahir - PM
Pelaburan daripada beberapa syarikat gergasi antarabangsa menjadi cabaran kepada Malaysia terutama dalam aspek meningkatkan kemahiran tenaga kerja.
![Pelbagai inisiatif bukti kerajaan serius pacu perkembangan AI Pelbagai inisiatif bukti kerajaan serius pacu perkembangan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711854888_TBAI.jpg)
Pelbagai inisiatif bukti kerajaan serius pacu perkembangan AI
Keupayaan sesebuah negara melaksanakan transformasi digital dan mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) kini menjadi antara kayu ukur dalam menarik pelaburan asing.
![Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715058292_TBZAFRUL.jpg)
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
![Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023 Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710140067_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023
Beliau berkata pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM141.1 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 35.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
![Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711899131_ZafrulPasirSalak.jpg)
Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul
Pelaksanaan subsidi bersasar pada masa akan datang seperti yang dipertimbangkan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pelaburan asing dalam negara.
![Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710935899_AbdulRasheedGhaffo.jpg)
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
![Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709811087_TBanwaribrahimj.jpg)
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
![Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671536812_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan sederhana, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti walaupun unit negara maju mengukuh.