KUALA LUMPUR: Malaysia seharusnya mempunyai strategi hasil jangka sederhana hingga panjang yang sesuai untuk memulihkan penampan fiskalnya, kata Bank Dunia.
Ketua Ekonomi Bank Dunia Apurva Sanghi berkata hasil Malaysia yang sebahagian daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) semakin menurun, dengan hasil cukai jauh di bawah 12 peratus daripada KDNK.
“Adalah penting untuk mempunyai pandangan fiskal jangka panjang tentang keperluan perbelanjaan ekonomi Malaysia mengikut sektor dan, berapa banyak lagi hasil yang perlu digerakkan. Buat masa ini, sepanjang pengetahuan kami, tiada sasaran pendapatan yang perlu dinaikkan.
"Bergantung kepada jurang hasil antara keadaan hasil semasa dan perkara yang perlu dinaikkan, maka anda boleh bercakap mengenai gabungan instrumen optimum (untuk meningkatkan hasil)," kata Apurva kepada pemberita pada majlis pengumuman Kemas Kini Ekonomi Bank Dunia Asia Timur dan Pasifik (EAP) Oktober 2023 dan bahagian pertama Malaysia Economic Monitor (MEM) bagi bulan September 2023, di sini hari ini.
Menurut Bank Dunia, ekonomi Malaysia diunjurkan menyederhana kepada 3.9 peratus pada 2023, dengan beberapa cabaran utama berterusan di peringkat domestik, termasuk ruang fiskal yang semakin sempit, apabila hasil cukai kerajaan terus menurun.
Katanya, perbelanjaan ke atas gaji, pencen dan pembayaran faedah terus meningkat, diburukkan lagi dengan pelbagai perbelanjaan yang tidak cekap, termasuk subsidi bahan api yang meluas dan kawalan harga yang bersifat berat sebelah.
Pada Oktober 2023, pada pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan dijangka mendedahkan butiran tambahan mengenai rancangan pembaharuan subsidi.
Kerajaan pada Julai memperkenalkan pelan ekonomi jangka sederhananya, ‘Ekonomi Madani,’ yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal kepada 3.0 peratus daripada KDNK atau lebih rendah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pelancaran Ekonomi Madani berkata ia merupakan satu cara untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dengan menstruktur semula ekonominya untuk menjadikannya peneraju di Asia Tenggara, sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat.
Apurva berkata mengurus perbelanjaan menjadi tugas penting dan isyarat kerajaan kepada rakyat bahawa ia sedang memulihkan ketirisan tabung kerajaan sebaik mungkin.
“Sebagai contoh, mempercepatkan akta perolehan kerajaan adalah bagus kerana banyak kecekapan berlaku melalui perolehan projek di Malaysia. Tetapi terdapat juga banyak cara yang anda boleh menguruskan kecekapan perbelanjaan juga,” katanya.
Bernama
Mon Oct 02 2023
Bank Dunia berkata hasil Malaysia yang sebahagian daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) semakin menurun, dengan hasil cukai jauh di bawah 12 peratus daripada KDNK.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.
DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.
Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.
Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.
KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1
Kajian itu menumpukan analisis komprehensif situasi penjagaan kesihatan di seluruh negara merangkumi aspek fasiliti kesihatan, peralatan dan sumber manusia.
Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus kepada pembangunan - Abang Johari
Keadaan politik yang stabil menjadi antara ramuan utama yang membolehkan pemimpin di Sarawak memberikan tumpuan penuh kepada program pembangunan negeri itu.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).