awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia peroleh komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion semasa Minggu Teknologi London

Bernama
Bernama
13/06/2023
21:15 MYT
Malaysia peroleh komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion semasa Minggu Teknologi London
Fahmi (tujuh, kanan) bergambar bersama delegasi Malaysia selepas menghadiri Minggu Teknologi London (LTW) yang berlangsung di Queen Elizabeth Two Centre. - Foto BERNAMA
LONDON: Malaysia meraih komitmen pelaburan sebanyak RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital semasa misi pelaburan ke Minggu Teknologi London 2023 yang diketuai Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Pelaburan ini dijangka mencipta tidak kurang daripada 1,800 pekerjaan bernilai tinggi, umum beliau pada majlis permeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan International Data Centre Authority (IDCA) di sini.
Selain itu, MDEC juga menjalin kerjasama dengan UK-ASEAN Business Council (UKABC) dan Commonwealth Enterprise and Investment Council.
Semasa acara itu, Sunway Group turut menandatangani MoU dengan Wippd dan pengumuman pelaburan lain dibuat oleh sembilan syarikat terkemuka dari United Kingdom (UK) termasuk Access Group, Dataswyft, TPP, Activpayroll, Ekco, Yondr Group, GBG, Hamilton Barnes, dan MMOB.
Fahmi berkata kejayaan ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap rangka kerja kukuh Malaysia Digital (MD), yang merupakan inisiatif strategik nasional yang memacu ekonomi digital berada di landasan tepat seiring dengan visi Malaysia MADANI.
Menerusi misi ini, Fahmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz turut mengadakan sesi meja bulat berkenaan inisiatif MD bersama tokoh-tokoh dan eksekutif perniagaan.
Beliau juga dijadual memberikan ucap tama bertajuk "Opportunities in ASEAN" pada Minggu Teknologi London 2023 serta menjadi salah seorang ahli panel pada sesi Global Tech Stage.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#digital
#Minggu Teknologi London
#MDEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan