awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
'Champagne sparklers' disyaki cetus kebakaran maut di bar Switzerland
'Papa Zola The Movie' terus dominasi, RM50 juta dalam 22 hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanusi tolak Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri

Sinar Harian
Sinar Harian
02/01/2026
07:35 MYT
Sanusi tolak Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri
Muhammad Sanusi mencadangkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon yang lebih sesuai untuk menerajui PN. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) meskipun namanya dicalonkan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletakkan jawatan.
Sebaliknya, Muhammad Sanusi mencadangkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon yang lebih sesuai untuk menerajui gabungan berkenaan.
“Saya cadangkan calon yang lebih layak, Dr Ahmad Samsuri iaitu Menteri Besar Terengganu.
“Beliau lebih baik daripada pengerusi sebelum ini. Tidak perlu banding dengan saya,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa Khamis lalu susulan krisis politik di Perlis.
Susulan perkembangan itu, timbul desakan daripada Pas agar jawatan Pengerusi PN diserahkan kepada pimpinan parti berkenaan.
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya turut menyatakan persetujuan terhadap pencalonan Muhammad Sanusi sebagai pengerusi gabungan tersebut.
Muhammad Sanusi menegaskan bahawa kelebihan Ahmad Samsuri dalam merangka strategi politik parti menjadikannya calon paling sesuai bagi jawatan berkenaan.
“Saya jeneral di medan, jaga tentera. Kerja saya di akar umbi.
“Beliau pula menguruskan strategi dan mengendalikan ‘roadmap’ (hala tuju),” ujarnya. -- Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Pengerusi Perikatan Nasional
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Muhyiddin Yassin
#letak jawatan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan