Penyertaan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak menghalang Malaysia untuk mendapat manfaat ekonomi menerusi inisiatif yang ditawarkan laluan Sutera China.
Menurut pakar perkongsian strategik Cina dan Amerika Syarikat, Dr S. Mahmud Ali, Malaysia mempunyai hubungan ekonomi dan diplomatik yang baik dengan kedua-dua negara.
Jelasnya, walaupun Cina tidak terlibat dalam Perjanjian TPP, Malaysia masih boleh menggiatkan hubungan ekonomi dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Ketika inisiatif yang disediakan menerusi One Belt One Road (OBOR) Cina membuka peluang pelaburan untuk jangka panjang, perjanjian TPP pula dapat meningkatkan kualiti pelaburan membabitkan perniagaan di negara ini.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina, Datuk Abdul Majid Khan berkata kekuatan ekonomi Cina akan membantu Malaysia untuk kekal berdaya saing.
"Setiap cadangan mempunyai merit dan kelebihan yang berbeza kepada Malaysia dan kita boleh menguruskan kedua-keduanya, jadi mengapa tidak kita mengambil peluang ini.
"Perjanjian TPP mempunyai pendekatan yang berlainan, ia membantu negara untuk mempertingkat kualiti perusahaan kita dalam bentuk pelaburan, buruh dan alam sekitar. Manakala untuk pelan dari negara Cina, kita mendapat kelebihan kerana mereka membawa banyak pelaburan dan teknologi.
"Baru-baru ini, mereka mengumumkan akan melabur di enam buah pelabuhan negara dan pelabuhan adalah aspek yang begitu penting dalam ekonomi kita. Melaluinya lebih banyak kapal boleh memasuki negara dan kita boleh eksport lebih banyak barang ke luar dan memulakan banyak aktiviti subsidiari yang lain," katanya.
Mereka ditemui ketika majlis wacana Perjanjian PPA anjuran King's College Alumni Malaysia, di ibu negara, pagi Sabtu.
Malaysia adalah antara 14 negara yang telah menandatangani perjanjian TPPA termasuk Amerika Syarikat, Chile, New Zealand, Australia, Singapura, Brunei Darussalam, Kanada, Mexico dan Peru.
Nuradilla Noorazam
Sat Sep 24 2016

Walaupun Cina tidak terlibat dalam TPPA, Malaysia masih boleh menggiatkan hubungan ekonomi dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Perkembangan COVID-19 di Malaysia (13 April 2021)

Bazar Ramadan | 2,500 peniaga bakal terima sagu hati
Lebih 2,000 peniaga terkesan teruk susulan pembatalan bazar Ramadan di Kelantan, Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian sagu hati kepada para peniaga.

COVID-19 | Penduduk Terengganu gesa SOP dikaji semula
Orang ramai di Terengganu memohon agar Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri itu diperketatkan bagi menggelak kemunculan kluster baharu. Kebimbangan ini susulan, Terengganu adalah negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan (R Naught) COVID-19 tertinggi ketika ini.

SRC International | Pasukan pembelaan Najib selesai hujah enam hari
Selepas enam hari, pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak selesai mengemukakan hujah di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas bekas Perdana Menteri berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Penididikan | Program PSH perlu pendekatan holistik
Agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) perlukan satu langkah holistik seiring usaha menangani isu pengangguran dalam kalangan belia di negara ini. Pensyarah Pembangunan Belia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad berkata, ia sesuai dengan peranan kedua-dua institusi itu yang menyediakan peluang untuk belia meningkatkan kemahiran.

COVID-19 | Kemungkinan gelombang ke-4, perlu SOP komprehensif
Langkah pencegahan awal yang komprehensif perlu dilakukan pihak berkuasa dalam memastikan kemungkinan ancaman gelombang keempat COVID-19 dapat ditangani sebaik mungkin. Pakar Kesihatan Awam, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata selain faktor pergerakan manusia, langkah pencegahan awal yang diambil ketika ini tidak memberi kesan yang begitu positif.

Perodua lancar Aruz di Singapura
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah melancarkan Aruz secara rasminya di Singapura, pasaran luar negara pertamanya.

"Kita menang Thomas Cup pun sebab tolak ansur" - Cerita Lee Chong Wei sentuh hati rakyat Malaysia
Anak Lee Chong Wei mengadu bagaimana dua rakannya yang berbangsa Melayu enggan menjamah makanan yang dibawanya.

Lawatan ke Arab Saudi ditaja penuh MWL - Zulkifli
Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa lawatan kerjanya ke Arab Saudi tidak menggunakan dana kerajaan seperti yang didakwa segelintir pihak.

1,290 kes sembuh, ini tumpuan kenyataan harian KKM
Sebanyak 1,290 kes sembuh direkod hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 346,295.

COVID-19 jadi wadah pelaksanaan Jaluran Kesihatan Laluan Sutera China
Presiden Xi Jinping menamakan usaha China membantu dunia membendung Covid19 sebagai "Jaluran Kesihatan Laluan Sutera China".

Malaysia peroleh manfaat ekonomi melalui TPPA, OBOR - Pakar
Walaupun Cina tidak terlibat dalam Perjanjian TPP, Malaysia masih boleh menggiatkan hubungan ekonomi dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.