Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 November 2025.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, hubungan diplomatik serta jalinan persahabatan yang erat antara Malaysia dengan Bahrain berpotensi untuk ruang kerjasama yang lebih besar.
Malaysia kekal sebagai negara bebas dan berdaulat dalam menjalin hubungan antarabangsa tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan kerja empat hari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Shanghai berakhir dengan kejayaan dalam mengukuhkan lagi diplomasi ekonomi, perdagangan halal dan kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia-China.
Datuk Ewon Benedick mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan atas dasar prinsip dan pendirian berkaitan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.
Institusi zakat perlu lebih proaktif sebagai instrumen sosial yang mampu menyelesaikan masalah kemiskinan tegar sejajar dengan agenda Kerajaan MADANI yang berasaskan nilai ihsan dan tanggungjawab sosial Islam.
Malaysia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas yang dibuat Mejar Jeneral (Bersara) Rangsi Kitiyansap dari Thailand, yang menuduh Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai "tangan tersembunyi" atau "musuh dalam selimut" dalam proses rundingan damai Thailand-Kemboja.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terletak di Terminal Pengangkutan Penang Sentral, Butterworth.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kepimpinan negara dan negeri untuk bekerjasama dengan beliau, dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat di persada dunia.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan tindakannya mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap Anwar pada satu majlis bersama media, semalam.
Atlet wanita negara, Emma Firyana Saroji melakar sejarah tersendiri apabila merangkul gelaran juara acara singles pada Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 di sini hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


