JAKARTA: Malaysia menawarkan khidmat dan kepakaran pemain industri yang boleh menyumbang dalam pembangunan ibu kota, Nusantara di Kalimantan, Indonesia secara 'perniagaan ke perniagaan' atau penglibatan syarikat berkaitan kerajaan.
Perkara itu disampaikan oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semasa pertemuan dengan Kamar Dagang dan Industri Indonesia (Kadin) di sini semalam.
Beliau yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz bertemu dengan Naib Pengerusi Hubungan Antarabangsa Bernardino Vega, Naib Pengerusi Perdagangan Juan Permata Adoe, serta pengurusan kanan Kadin.
Matrade, dalam satu kenyataan, menyatakan satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin di Kuala Lumpur mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
Ini termasuk pelaksanaan platform digital yang membolehkan akses perdagangan serta pengesahan perniagaan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas melalui bantuan kecerdasan buatan (AI).
"Saya mahu lihat perdagangan Malaysia-Indonesia terus diperkukuh dan diangkat ke tahap yang lebih baik lagi. Saya yakin kerjasama Matrade dan Kadin yang sedia terjalin ini akan memanfaatkan lebih banyak usahawan serta perusahaan dari kedua-dua negara," kata Reezal Merican.
Dalam pertemuan ini, Matrade dan Kadin turut membincangkan langkah yang akan memperkukuhkan kerjasama dagang termasuk potensi industri Halal susulan memorandum kerjasama (MoC) membabitkan pengiktirafan pensijilan Halal antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal, Indonesia.
Kunjungan itu juga merupakan antara pengisian program Persidangan Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia yang dipengerusikan Reezal Merican dari 5 hingga 8 Nov, ia disertai oleh 15 orang Pesuruhjaya Perdagangan serta Penolong Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di rantau ASEAN dan Oceania.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
Reezal Merican (tiga, kiri) dan delegasi Matrade mengadakan pertemuan dengan wakil Kadin, berbincang mengenai usaha-usaha mempertingkatkan perdagangan kedua-dua negara, di Jakarta, 7 Nov 2023. - Foto Facebook Reezal Merican Naina Merican
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.
PRN: Berbekal pengalaman menteri, Reezal Merican yakin dapat bawa pembangunan
Reezal Merican berkata KBYC bernilai RM45 juta di DUN Bertam merupakan hasil usahanya yang berhasrat untuk melihat kewujudan sebuah pusat sehenti aktiviti belia di sini.
DUN Bertam: Reezal Merican hadapi pertembungan satu lawan satu dengan calon Bersatu
Borang pencalonan pertama dikemukakan Khaliq Mehtab pada 9.07 pagi, diikuti Reezal Merican pada pukul 9.13 pagi.
PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican
Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi.
PRN: Rundingan kerusi PH-BN 95 peratus selesai
Chang Lih Kang berkata proses rundingan setakat ini berjalan baik dan beliau yakin gandingan PH-BN pada PRN ini akan tampil lebih teratur.
Reezal Merican tawar diri rebut kerusi Naib Presiden UMNO
Reezal Merican berkata, keputusan diambil bagi menegakkan tiga visi utama iaitu khidmat, keutamaan dan kesetiaan kepada parti tersebut.
Kabinet Perpaduan: Reezal Merican ucap tahniah kepada Nga Kor Ming
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada Nga Kor Ming yang dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu.