KUALA LUMPUR: Walaupun pertumbuhan ekonomi meningkat pada suku pertama 2022, Malaysia terdedah dengan beberapa risiko penurunan dalam masa terdekat, terutamanya berikutan China menjadi pasaran eksport terbesarnya dengan menyumbang 15 peratus daripada jumlah eksport.
"Malaysia turut berdepan kesan penghantaran daripada perang Rusia-Ukraine. Walaupun eksport langsung ke Rusia amat rendah, keadaan mudah terjejas yang lebih ketara adalah daripada kejutan ekonomi negatif perang Rusia-Ukraine terhadap ekonomi Eropah Barat, memandangkan Kesatuan Eropah menyumbang 8.4 peratus daripada eksport barang niaga Malaysia.
Rajiv berkata, Malaysia turut mendapat manfaat daripada industri eksport elektrik dan elektronik yang besar berikutan permintaan kukuh terhadap kelengkapan elektronik.
Impak pandemik COVID-19 telah mempercepatkan kadar transformasi digital melalui peralihan global untuk bekerja secara jauh, merangsang permintaan terhadap peranti elektronik seperti komputer, mesin pencetak dan telefon mudah alih, katanya.
Selain itu, sekatan pergerakan yang telah dilonggarkan di banyak negara turut mencetuskan peningkatan perbelanjaan pengguna, sekali gus membantu menggalakkan permintaan untuk pelbagai elektronik pengguna.
"Prospek ekonomi jangka sederhana turut menyokong industri elektronik Malaysia. Prospek bagi permintaan elektronik menerima dorongan daripada kemajuan teknologi utama, termasuk pelancaran 5G dalam tempoh lima tahun akan datang, yang akan memacu permintaan terhadap telefon mudah alih 5G.
"Permintaan terhadap elektronik perindustrian dijangka turut berkembang pesat dalam jangka sederhana, disokong oleh Revolusi Perindustrian 4.0 berikutan automasi perindustrian dan Internet Pelbagai Benda yang meningkatkan pertumbuhan pantas bagi permintaan ke atas elektronik perindustrian," kata Rajiv.
Beliau berkata daya saing Malaysia sebagai hab elektronik global telah terserlah berikutan keputusan Intel untuk melabur sebanyak US$7 bilion terhadap loji pembungkusan semikonduktor baharu di Pulau Pinang, yang dijangka siap menjelang 2024.
Ekonomi Malaysia terus mencatatkan pemulihan daripada impak pandemik COVID-19 yang berpanjangan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar pada suku pertama 2022 meningkat 5.0 peratus tahun ke tahun.
Kelonggaran membabitkan sekatan COVID-19 pada awal 2022 membantu menyokong pemulihan dalam penggunaan swasta, manakala permintaan luaran yang kukuh mendorong pertumbuhan eksport yang memberangsangkan.
Walaupun harga komoditi dunia meningkat berikutan perang Rusia-Ukraine, tekanan inflasi Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia masih terkawal dengan bacaan IHP Mac menokok 2.2 peratus tahun ke tahun, manakala inflasi IHP teras naik 2.0 peratus tahun ke tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Ekonomi Malaysia terus catat pemulihan daripada impak pandemik COVID-19 dengan KDNK pada suku pertama 2022 meningkat 5.0 peratus tahun ke tahun. - BERNAMA/Freepik @ake1150sb & natanaelginting
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.
Video tular: Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, akhlak mulia - Mohd Na'im
Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat.